Politik

Pemimpin DAP sokong Muhyiddin?

Sejurus selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin membentangkan cadangan pembaharuan diilhamkan kerajaan Perikatan Nasional, seorang ahli parlimen DAP mencadangkan agar idea itu dibincangkan.

Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming, berkata saranan itu wajar diperhalusi oleh semua pihak kerana ia boleh memberikan kesan jangka panjang kepada politik negara jika diluluskan.

Menyatakan pandangannya di Twitter Ong berkata perdana menteri – yang juga presiden dari Bersatu itu – mengemukakan cadangan pembaharuan institusi yang menjanjikan.

“Saya fikir semua parti politik patut duduk berbincang jika syarat-syaratnya boleh diterima atau tidak, atau bagaimana?” ciapnya.

Bagaimanapun pada tengah malam ini beliau melalui ciapannya akur dengan keputusan kepimpinan partinya untuk menolak tawaran Muhyiddin.

 

(Visited 230 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button