MahkamahNasional

Keputusan rayuan Azeez berkaitan saman Guan Eng ditangguh

MAHKAMAH Rayuan menangguhkan keputusan rayuan bekas Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung saman fitnahnya terhadap Lim Guan Eng ke suatu tarikh lain.

Hakim Azizah Nawawi yang mengetuai panel tiga hakim berkata, mahkamah memerlukan masa untuk meneliti perkara itu dan akan memutuskannya pada tarikh lain.

LIM GUAN ENG

Mahkamah kemudian menetapkan 24 Mei ini untuk pengurusan kes bagi menetapkan tarikh keputusan.

Azizah, Mariana Yahya dan Azimah Omar mendengar hujahan secara dalam talian daripada Peguam Porres Royan yang mewakili Azeez dan N Mureli yang merupakan peguam Lim.

Azeez merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 11 Disember 2020 yang menolak saman fitnahnya terhadap Lim, bekas ketua menteri Pulau Pinang berhubung projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Dia memfailkan saman itu pada Mac 2018 mendakwa, Guan Eng mengeluarkan kenyataan fitnah semasa sidang akhbar di pejabat ketua menteri pada 28 Februari 2018 dan semasa rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang pada hari sama mengaitkan beliau dengan pembayaran sebanyak RM3 juta sebagai yuran perundingan oleh pemaju projek terowong bawah laut.

Beliau meminta ganti rugi am dan teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Dalam rayuan hari ini, Porres yang dibantu oleh Craig Ho berhujah bahawa alasan Hakim Mahkamah Tinggi, Rosilah Yop semasa menerima pembelaan Lim bagi pengakuan justifikasi adalah jelas salah.

Beliau berkata, hakim gagal memahami Lim tidak mengemukakan sebarang bukti tentang kebenaran tuduhan bahawa Azeez telah menerima wang daripada Consortium Zenith Construction Sdn Bhd berhubung projek itu.

Katanya, hakim Mahkamah Tinggi mendapati kenyataan dibuat terhadap Azeez adalah fitnah tetapi beliau menerima pembelaan Lim bagi pengakuan justifikasi dan menolak saman Azeez selepas mendapati antara lain Lim telah mengemukakan soalan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebab Azeez tidak ditahan.

Mureli, yang dibantu Felix Lim, bagaimanapun menyangkalnya dan berkata, kenyataan anak guamnya itu bukan terhadap Azeez tetapi menyasarkan pihak lain dan SPRM berhubung tindakan pihak berkuasa untuk mendakwa seseorang dan tidak mendakwa orang lain.

Beliau berkata, pembelaan pengakuan justifikasi terpakai kepada Lim kerana beliau adalah ketua menteri Pulau Pinang ketika itu yang mempunyai kewajipan untuk membangkitkan dan menjelaskan isu relevan serta berkepentingan awam. – SUMBER FMT – SM

BACA Azeez gagal ketepikan tuduhan pengubahan wang haram, rasuah

(Visited 151 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button