Ekonomi

MAPA2023 luluskan RM14.48 juta bagi Angkasa jayakan agenda pemerkasaan koperasi

Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Ke-37 (MAPA2023) telah meluluskan peruntukkan sebanyak RM14.48  juta bagi pelaksanaan beberapa projek baharu yang akan dilaksanakan oleh ANGKASA dalam usaha  Memperkasakan perniagaan koperasi.

Peruntukan itu akan digunakan menerusi Pelan Induk Ekonomi Strategik ANGKASA, merangkumi Cadangan Pembangunan Tanah Di Sungai Tong, Mukim Hulu Setiu, Terengganu; Cadangan Projek Rintis Ternakan Ayam Gerakan Koperasi; Cadangan Pembinaan Kilang Pemprosesan Baharu Projek Pembungkusan Dan Pemborongan Beras Jenama Melati; Cadangan Penubuhan Lima Anak Syarikat MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd (MHSB) serta Cadangan Projek Pembangunan Perniagaan Koperasi (Inkubator).

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, usaha itu akan menyediakan ekosistem perniagaan koperasi yang kondusif, meningkatkan daya tahan dan daya saing, selain mengggerakkan proses eksplorasi dan inkubasi melalui Lapan Sektor Pembangunan Perniagaan Koperasi ANGKASA bagi mencapai sasaran perolehan koperasi RM60 bilion pada tahun 2025 seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.

“Namun usaha membangun dan meningkatkan jalinan serta rangkaian perniagaan koperasi semestinya memerlukan modal sebagai rangsangan. Sehubungan itu, sebagai badan puncak yang mewakili dan menyuarakan kepentingan serta hak gerakan koperasi, ANGKASA memohon kepada pihak kerajaan untuk meneliti cabaran yang perlu diatasi terutamanya isu ketersediaan dana pembangunan koperasi supaya pertumbuhan koperasi dapat diperkasakan lagi dan membawa gerakan ini ke dimensi baharu dalam meningkatkan kemakmuran ekonomi yang komprehensif dan inklusif,” katanya.

MAPA 2023 yang diadakan secara hibrid di Wisma Ungku A. Aziz hari ini turut menyaksikan agenda pemilihan Anggota Lembaga ANGKASA yang mana Dato’ Dr. Hj. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dipilih semula dengan mendapat 1499 undi dan Dato’ Che Mohd Shukree Che Isa menang tanpa bertanding.

Seramai 2051 wakil sah dari 10,762 buah koperasi anggota ANGKASA dari seluruh negara telah menghadiri MAPA 2023. – SM

(Visited 173 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button