Jenayah
Keputusan Langgar 8 Budak Basikal Lajak, Sam Ke Ting Dibebaskan Dengan Jaminan
Seorang kerani, Sam Ke Ting yang terlibat dalam tragedi membabitkan pemergian lapan kanak-kanak yang menunggang basikal lajak hari ini dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM10,000.
Terdahulu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abu Bakar Katar, menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 (atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda) terhadap Ke Ping.
Namun demkian, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk P Ravinthran bersama-sama Datuk Lee Heng Cheong dan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, sebulat suara membenarkan permohonan responden untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman.