Nasionalpilihan

Promosi Kraf sempena KPBM2022 @ Publika bantu pasarkan produk usahawan & komuniti kraf

INISIATIF Promosi Kraf Sempena Kempen Beli Barangan Malaysia 2022 telah dapat membantu usahawan dan komuniti kraf untuk memasarkan produk mereka secara terus kepada pengguna.

Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri inisiatif ini menawarkan pelbagai aktiviti yang mampu menarik minat orang ramai untuk melihat barangan yang dijual.

Jelasnya, antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk Pameran MYCRAFTSHOPPE, Pameran Kempen Ini Batik Malaysia, Jualan Produk Kraf, Interaktif Kraf, Pertandingan Seni Kreatif, Persembahan Kesenian dan juga Permainan Rakyat.

“Promosi Kraf Sempena Kempen Beli Barangan Malaysia 2022 merupakan kolaborasi strategik yang julung kali diadakan antara Kraftangan Malaysia dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Program yang berlangsung dari 10 hingga 16 Oktober 2022 dengan penglibatan seramai 30 usahawan dan komuniti kraf ini turut dapat menyemarakkan lagi Kempen Beli Barangan Malaysia yang sedang giat dijalankan oleh KPDNHEP,’’ katanya lagi.

Dalam pada itu, MOTAC melalui Kraftangan Malaysia telah mengadakan Majlis Penutup bagi inisiatif tersebut semalam bertempat di Publika Shopping Gallery, Kuala Lumpur di mana ianya disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Seri Nancy Shukri dan disertai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Hadir sama ialah Ketua Setiausaha MOTAC, Saraya Arbi, Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, ‘Ainu Sham Ramli dan juga pegawai-pegawai kanan kementerian serta agensi terlibat.

Sementara itu, MOTAC menaruh harapan agar rakyat Malaysia terus menyokong dan membeli produk keluaran tempatan bagi membantu usahawan kraf meningkatkan lagi pendapatan mereka, sekaligus memastikan ekonomi negara kekal berdaya saing.

Artikel berkaitan > MOTAC semarakkan kempen ‘Ini Batik Malaysia’ di Parlimen

(Visited 192 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button