Politik

Netizen kecam MP PH desak menteri lulus penggunaan ivermectin

Ubat anti-parasit Ivermectin yang selalunya digunakan untuk haiwan menjadi tular di Twitter gara-gara desakan beberapa ahli parlimen Pakatan Harapan yang mendesak menteri kesihatan meluluskan penggunaanya untuk pesakit Covid-19.

Lebih 41,000 ciapan di Twitter rata-rata mengecam desakan yang dibuat oleh ahli parlimen Pakatan Harapan yang dibuat pada Sidang Khas Dewan Rakyat semalam.

Mereka mendesak agar ahli parlimen pembangkang tidak mempolitikkan penggunaan ubat ivermectin.

“Ahli politik yang dihormati, jangan kecewakan petugas barisan hadapan. Jangan beritahu kami bagaimana menguruskan pesakit secara klinikal. Jangan kacau. Kami tidak akan menggunakan Ivermectin sebagai terapi standard sehingga ada bukti jelas mengenai manfaat klinikal. Dan tolong, jangan cuba menilai penerbitan penyelidikan,” tegur Dr. Rafidah Abdullah.

“Mengapa dua Ahli Parlimen memuji Ivermectin. Tolong jangan, Sungai Buloh dan Kota Raja. Promosikan vaksinasi, bukan ivermectin yang tidak berkesan kepada Covid-19. Penyelidikan ivermectin utama ditarik balik kerana penipuan. Berhenti menyebarkan maklumat yang salah di Parlimen,” nasihat Boo Su-Lyn.

“MP yang mendesak guna ivermectin tadi peguam kan? Sekiranya pesakit meninggal dunia kerana Covid, yang diberikan ubat yang tidak terbukti, yang tidak diakui oleh badan pengawalseliaan di seluruh dunia, adakah keluarga boleh menyaman doktor atau kementerian?” sindir Fahmi Hassan Rph.

“Kehadapan @DrDzul, sila maklumkan kepada rakan anda mengenai status ivermectin. Sangat mengecewakan apabila rakan anda di PH mendesak penggunaa ivermectin tanpa menunggu ujian selesai. Mereka tidak tahu apa yang mereka bicarakan,” tegas Afiq H.

Antara Ahli Parlimen yang mendesak penggunaan ubat itu ialah Presiden Amanah, Mohamad Sabu (Kota Raja); Khalid Samad (Shah Alam); Sivarasa Rasiah (Sungai Buloh); Johari Abdul (Sungei Petani); Sim Tze Tzin (Bayan Baru); William Leong (Selayang) dan P Prabakaran (Batu).

Mereka antara lain, mendakwa India dan Filipina telah berjaya menggunakan ivermectin untuk merawat COVID-19 tanpa kesan sampingan dilaporkan.

Mereka mahu Dr. Adham Baba menggunakan kuasanya sebagai Menteri Kesihatan untuk meluluskan segera penggunaan ubat Ivermectin yang sebelum ini digunakan ubat anti-parasit ke atas pesakit Covid-19.

Bagaimanapun Dr. Adham menolak desakan tersebut dan meminta ahli parlimen membuat surat rasmi memohon penggunaan ubat tersebut kepada badan berkaitan.-SM

(Visited 239 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button