Politik

Enam persatuan anjur ulang tahun Perjanjian Hatyai disahkan haram

KUALA LUMPUR – Enam daripada sembilan persatuan terbabit menganjurkan majlis peringatan ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai, Thailand, di Kajang, 1 Disember lalu adalah pertubuhan haram.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kesemua enam persatuan berkenaan tidak berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

“Mengikut laporan saya terima, tiga sahaja berdaftar, manakala selebihnya adalah pertubuhan haram. Dan dengan itu, pihak polis kita sedang melihat, meneliti sebelum melaporkan kepada khalayak umum apa hasil kajian.

“Soal berdaftar atau tidak, itu sebenarnya yang penting. Kita kena ambil kira mengapa mereka terlibat aktiviti yang dikatakan ada kaitan dengan Chin Peng. Atau apakah ini usaha yang menunjukkan ada minat (untuk) membawa semula ideologi lama,” katanya.

Mengulas mengenai keperluan mendedahkan senarai persatuan terlibat, Muhyiddin berkata, adalah penting untuk mendedahkan nama senarai persatuan tidak berdaftar tersebut.

Katanya, tindakan boleh diambil kerana pertubuhan yang tidak berdaftar tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti.

“Mungkin yang terlibat itu tidak sedar mereka terlibat dengan kegiatan sebegitu. Dan, memandangkan ia tidak berdaftar, mereka tidak boleh jalankan apa-apa kegiatan dan kita akan ambil tindakan.

“Bagi saya, Parti Komunis Malaya (PKM) sudah diharamkan. Ideologi komunis tidak harus diwujudkan di Malaysia yang mempunyai sistem demokrasi berparlimen sejak 60 tahun lalu, yang berjalan dengan baik dan aman,” katanya.

Tambahnya yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, langkah-langkah terpesong daripada sasaran tidak boleh dipandang ringan dan

Menurut Muhyiddin, KDN sentiasa memantau apa jua usaha menggerakkan ideologi PKM di Malaysia dan ia tidak boleh dipandang ringgan.

Sebelum ini polis telah mengenal pasti empat individu yang memberi ucapan dalam majlis berkenaan, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek, Ronnie Liu, editor Persatuan Persahabatan Abad ke-21, wakil PKM dan wakil Persatuan Kawan Karib Sarawak.

ROS telah menghantar notis kepada tiga pertubuhan yang berdaftar itu untuk hadir memberi keterangan berkaitan penglibatan pertubuhan tersebut.

Pada 1 Disember lalu, kira-kira 300 orang telah menghadiri perjumpaan dan perhimpunan yang dipercayai melibatkan bekas anggota PKM di Kajang.

Perjumpaan itu sebagai memperingati ulang tahun ke-30 perjanjian tersebut yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989.-SM

(Visited 66 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button