Politik

Muhyiddin tidak pernah tinggalkan UMNO – Tok Mat

TIMBALAN Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah meninggalkan parti itu.

Sebaliknya, bekas Timbalan Presiden UMNO itu dipecat ekoran mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Justeru, katanya, keputusan pemecatan yang dibuat pada 2016 itu boleh diubah sekiranya Muhyiddin bersedia untuk kembali bersama UMNO.

“Beliau bukan meninggalkan parti, beliau dipecat.

“Kalau beliau ada hasrat untuk kembali kepada parti, parti boleh menerima dan kita boleh ubah keputusan memecatnya.”

BACA > Teresa mahu slogan ‘Sayangi Sawitku’ dikekalkan — Suara Merdeka

Kata Mohamad juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu memetik laporan porta Free Malaysia Today (FMT) hari ini.

Beliau dalam masa sama turut memaklumkan kepimpinan UMNO mengalu-alukan Muhyiddin kembali.

“Kami mengalu-alukan jika perdana menteri ada hasrat nak kembali pada Umno, lebih baik begitu,” ujarnya.

Mohamad dalam masa sama memberikan keyakinan kepada Perdana Menteri bahawa pentadbiran kerajaan akan lebih mudah.

Malah, beliau juga yakin Ahli Parlimen dari UMNO akan menyokong Muhyiddin.

“Beliau akan jadi perdana menteri yang didukung parti besar dan mempunyai ahli Parlimen yang agak banyak.

“Lebih mudah dan orang kata lebih senang,” katanya.

BACA > Mohon batal, pendakwa kerap minta tukar pertuduhan – Najib — Suara Merdeka

Dalam pada itu beliau juga memaklumkan pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang lebih mudah.

“Untuk hadapi pilihan raya juga tidak jadi masalah, pembahagian kerusi pun senang kerana semua dalam UMNO,” jelasnya.

Terdahulu, Suara Merdeka memetik laporan Malaysiakini melaporkan kewujudan spekulasi gabungan UMNO dan Pas, Muafakat Nasional (MN) berebut kerusi.

Isu berkenaan dikatakan timbul apabila wujud pihak dalam parti Melayu itu tidak setuju berhubung pembahagian kerusi bagi negeri Kedan dan Terengganu.

Sebelum itu, UMNO juga dilaporkan berehadapan kemelut dalam menentukan kerusi dengan Perikatan Nasional (PN) termasuk Bersatu.

Ini kerana susulan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan partinya akan bertanding di semua kerusi yang dimenangi parti itu dalam PRU ke-14 (PRU-14) sebelum ini.

Hal berkenaan timbul susulan Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad mengeluarkan kenyataan ‘Umno tidak laku di Sabah’.

BACA > Soal kerusi: Pemimpin PN mesti berjiwa besar — Suara Merdeka

Bagaimanapun, dalam satu temubual Suara Merdeka bersama veteran UMNO, Datuk Zainal Abidin Sakom menasihatkan pemimpin PN supaya berjiwa besar dalam pembahagian kerusi.

Hal demikian dalam memastikan penyatuan parti orang Melayu dengan mengutamakan bangsa dan agama berbanding kepentingan parti. – SM

(Visited 374 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button