Politik

Keputusan di dalam atau di luar MKT, soal Tun Faisal

TIMBALAN Ketua Bahagian UMNO Putrajaya bertanya apakah keputusan berhubung menarik sokongan kepada Perdana Menteri dibuat di dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) atau di luar MKT.

Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, persoalan itu dibangkitkan apabila melihat penjelasan Datuk Dr. Puad Zarkashi pada proram di NR Channel dua malam lalu.

Dalam program itu, kata beliau, Puad tidak menceritakan perkara yang sebenar dan agak dangkal.

“Puad memaklumkan seramai 43 orang Ahli MKT menyokong keputusan menarik sokongan daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan hanya tiga orang yang tidak bersetuju.

“Soalan saya bilakah keputusan MKT itu dibuat? Semasa Mesyuarat MKT atau di luar Mesyuarat MKT? Dimaklumkan bahawa keputusan dibuat di luar Mesyuarat MKT. Presiden memanggil mereka seorang demi seorang dan diminta (mungkin juga diberi tekanan) untuk menandatangani persetujuan,” katanya.

Tun Faisal juga mempersoalkan adakah undian dibuat semasa Mesyuarat MKT tersebut sebelum membuat keputusan ini?

Ini adalah kerana beliau dimaklumkan tiada proses undian dibuat dalam Mesyuarat MKT tersebut.

“Bagaimanakah keputusan perbincangan individu dengan Presiden di luar Mesyuarat MKT boleh dianggap sebagai keputusan Mesyuarat MKT? Tidakkah ini merupakan pelanggaran peraturan dan keputusan yang dibuat di luar Mesyuarat MKT tidak sah?

“Kenapa Presiden tidak membuat undian pada malam Mesyuarat MKT tersebut?” soal beliau.

Menurut Tun Faisal, keesokan harinya kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri mendedahkan bahawa majoriti Ahli MKT tidak menyokong Presiden untuk menarik sokongan daripada PM dan kerajaan PN

“Ahli-ahli Parlimen BN juga mengeluarkan kenyataan media menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri dan kerajaan PN,” katanya.

Sehubungan itu kata beliau, bagi menjawab kenapa perkara lain diputuskan dalam Mesyuarat MKT dan perkara lain pula diumumkan, Puad memberi alasan bahawa tidak semua perkara yang dibincangkan dalam sebarang Mesyuarat MKT diumumkan oleh Presiden.

“Nampaknya Puad silap lagi kerana SUA UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan telah membuat pengumuman tambahan mengenai perkara-perkara yang diputuskan tapi tidak diumumkan oleh Presiden, iaitu Ahli Parlimen UMNO diberi kebebasan untuk memilih menyokong siapa semasa sidang Parlimen.

“Maksudnya memang betul ada perkara yang Presiden tidak umumkan semasa sidang media beliau. Kenapa Puad tidak berterus terang memaklumkan bahawa teks kenyataan media Presiden telah disediakan lebih awal sebelum Mesyuarat MKT. Lebih mudah dan lebih jujur,” katanya.

Klik link untuk teks penuh hantaran ke Facebook Tun Faisal Ismail Aziz

(Visited 373 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button