Jenayah

Upah RM10,800: Penjawat awam ditahan cuba seludup 270 kg daun ketum

SEORANG penjawat awam ditahan selepas cuba menyeludup 34 bungkusan daun ketum seberat 270 kilogram (kg) bernilai RM10,800  dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Kuala Kuang, Kupang dekat Baling menghala ke Grik, Perak, hari ini.

Ketua Polis Daerah Baling, Supt Syed Basri Syed Ali berkata, suspek yang berumur 26 tahun, memandu kereta jenis Perodua Alza dari arah Baling ke Grik ditahan oleh sepasukan anggota polis yang sedang bertugas pada pukul 7.00 pagi.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan, polis menjumpai 34 bungkusan hitam yang mengandungi daun ketum yang dibalut dengan plastik lut sinar di bahagian tempat duduk penumpang belakang dan bonet kereta.

Siasatan awal mendapati suspek yang berasal dari Kampung Naga, Kepala Batas telah menyewa kereta untuk membawa daun ketum itu dari Pedu ke Grik dengan upah RM800 bagi satu perjalanan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Syed Basri berkata, suspek dan semua barang rampasan yang dianggarkan bernilai RM10,800 itu telah dibawa ke Balai Polis Kupang. – SM

(Visited 320 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button