Rencah Hidup

Kepelbagaian kaum adalah identiti Malaysia – Raja Muda Perlis

6 Februari 2025.
Simpang Empat.

Rakyat Malaysia dikenal dengan sikap sopan santun dan bertimbang rasa. Kepelbagaian kaum di negara ini merupakan asas identiti diri dan penyatuan setiap individu sebagai bangsa Malaysia.

Golongan pelajar secara khususnya perlu memiliki kesedaran untuk terus mengeratkan perpaduan melalui amalan prinsip-prinsip serta nilai-nilai murni yang terkandung dalam Rukun Negara.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Penyampaiam Sumbangan Agihan Zakat yang berlangsung di Masjid Darul Salam Padang Keria baru-baru ini.
Turut berangkat mengiringi baginda ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Majlis yang dianjurkan secara konsisten oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ini bertujuan meringankan beban keluarga asnaf serta membantu golongan memerlukan di negeri ini.

Pada majlis tersebut, sejumlah RM105,000 telah diagihkan kepada 150 penerima asnaf terpilih, melibatkan 75 orang anak kariah Padang Keria dan 75 orang lagi anak kariah Permatang Bongor.

Setiap penerima menerima sumbangan sebanyak RM700 bagi menampung keperluan harian dan perbelanjaan asas masing-masing.

Sebagai usaha menyeluruh dalam menjaga kebajikan asnaf, majlis ini turut menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma yang dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri serta ceramah berinformasi seperti ‘Menjauhi Najis Dadah’ oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perlis dan ‘Bangun Jiwa Asnaf’ oleh pihak MAIPs sendiri.

FOTO

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button