Negeri

Jabatan Kesihatan Terengganu siasat dakwaan bocor maklumat pesakit Covid-19

MAKLUMAT pesakit adalah rahsia di antara pesakit dan doktor yang merawat. Tidak boleh dibocorkan kepada pihak yang tidak berkenaan.  Oleh itu, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu akan menyiasat dakwaan mengenai kebocoran maklumat dua nama pesakit Covid-19 yang tular di media sosial sejak semalam.

Pengarahnya, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, pihaknya akan membuat siasatan dan menegaskan, semua kakitangan jabatan berkenaan sangat menjaga kerahsiaan pesakit.

“Maklumat pesakit adalah sulit. Jabatan akan menyiasat perkara tersebut,” katanya kepada BERNAMA hari ini.

Dua pesakit yang disahkan positif Covid-19 di Terengganu mendakwa, mereka kecewa dan trauma apabila nama mereka tular di media sosial.

Kedua-dua individu itu menyatakan yang mereka tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis berhubung perkara ini. – SM

(Visited 209 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button