Politik

Kepada Allah kita berserah – Ismail Sabri

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob satu-satunya calon dari Perikatan Nasional (PN) dan satu-satunya calon Perdana Menteri kesembilan akur dengan ketentuan Ilahi.

Beliau dalam hantaran ke Facebook ‘Kepada Allah kita berserah’ bersertakan sekeping gambar beliau melambai melalui tingkap bas yang dinaiki ketika ke Istana Negara kini pasrah dengan kehendak Allah.

Ismail Sabri kini perlu menunggu keputusan raja-raja Melayu yang bermesyuarat hari ini bagi memutuskan sama ada beliau adalah pilihan yang paling sesuai untuk menerajui negara pada masa ini selepas peletakan jawatan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Walaupun mempunyai jumlah sokongan ahli parlimen melebihi majoriti mudah dan diperolehi dengan cara yang sah, tetapi pihak-pihak yang kalah kini mula cuba mengganggu gugat keputusan itu.

Mereka mula menghidupkan semula cadangan kerajaan perpaduan, sedangkan mereka telah menolak mentah-mentah apabila ditawarkan oleh Muhyiddin sebelum meletakkan jawatan.

Setelah mereka gagal mendapat sokongan majoriti pembangkang ibarat gila talak kerana mahu meletakkan pemimpin mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku timbalan perdana menteri.

Penderhakaan kepada Yang di-Pertuan Agong itu dibuat secara terang-terangan dengan tanpa rasa segan-silu atau takut kepada sebarang tindakan undang-undang.

Pembangkang tunggu sahajalah pilihan raya diadakan dan ketika itu biarlah rakyat yang tentukan mandat diberikan kepada siapa.

Oleh itu pada masa ini hormatilah keputusan Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu, walaupun mereka terpaksa berpura-pura.

Sikap anti kepada pihak istana ketika memerintah selama 22 tahun memang ketara dan kini tabiat buruk itu membuak-buak sukar dibendung lantas muncul kembali.

Jadi bawalah bertenang untuk seketika, jangan diikutkan sangat nafsu serakah itu.

 

 

(Visited 68 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button