Nasional

Kuasa Allah, amanah rakyat jaminan Muhyiddin tak perlu usul

ulama

ALHAMDULILLAH. Syukur ke hadrat Ilahi setelah Dewan Rakyat diputuskan tidak bersidang Isnin 18 Mei ini selepas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kalau bersidang, kecoh pula ‘Satu Malaya’ dengan `kerakusan’ pembangkang untuk membawa usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin ketika negara masih bergelut untuk bebas dari pandemik Covid-19.

Suatu keputusan yang tepat Dewan tidak bersidang menerusi surat pemakluman ditandatangani Perdana Menteri sebagai ketua majlis, yang dihebahkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dalam satu kenyataan hari ini.

Tidak perlu sebenarnya Perdana Menteri `termakan’ banyak omong kosong di luar sana yang mengatakan bahawa perlunya anda mempunyai `mandat’ yang tepat (melepasi dahulu usul tidak percaya) sehingga dapat bergerak maju dengan lancar dan membungkam (tutup mulut) semua orang khususnya penentang-penentang di luar kerajaan – Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir.

Barangkali terdetik dalam hati Muhyiddin “maybe I just get it over and done with, strike when the iron is hot since rating is good”. Namun percaya dan yakinlah Tan Sri bahawa Allah SWT adalah jaminan anda.

Anda tidak memerlukan Parlimen atau ahli Parlimen sebagai jaminan terhadap kepercayaan anda kepada-Nya untuk mempercayai bahawa anda berada di atas untuk melakukan apa yang betul dan diperlukan untuk rakyat di negara ini. Kepimpinan yang baik diberkati oleh-Nya dan dicari oleh kita semua.

Seandainya ada terdetik dalam diri untuk mencari ketenangan, Tan Sri juga harus beringat yang ‘sebilangan ahli Parlimen sekarang bukan lagi berperilaku macam wakil rakyat’.

Menerima usul tidak percaya juga akan setkan “bad precedent”. Tak pasal-pasal nanti di masa akan datang sikit-sikit usul undi tidak percaya atau tidak ada keyakinan dikemukakan terhadap Perdana Menteri. Hari ini Muhyiddin, esok lusa mungkin hinggap ke muka Anwar atau Kit Siang.

Kalau sudah ada keyakinan dan tawakal, apa nak diperlukan lagi jaminan usul percaya kepada Tan Sri.

Teruskanlah perjuangan dan tugas Tan Sri. Allah ada, apa nak dibimbangkan Tan Sri!

Kalau diteruskan usul tidak percaya, maknanya keyakinan atau ketakwaan Tan Sri kepada Allah sudah tidak benar.

Lagi-lagi kalau hendak diteruskan itu diemosikan untuk mendiamkan pihak lawan terutama Tun Mahathir. Itu sudah lari dari landasan yang tidak diperlukan.

Lebih merisaukan lagi jika dikaburi dengan sikap riak untuk menunjuk atau mematikan pihak yang melawan kita.

Tan Sri telah membuktikan kepada rakyat . Kewibawaan Tan Sri menangani wabak Covid-19 dikagumi dunia, biarpun baru sebulan dua angkat sumpah Perdana Menteri 1 Mac lalu.

Biasalah, nama pun politik. Akan ada `abu jahalnya’.

Hakikatnya, daya tahan amat penting sekalipun fenomena kawan jadi lawan berterusan diamalkan.

Dan Tan Sri telah membuktikan – tahan kalah, tahan kena kritik dan tahan sabar.

Ya, kalau berjaya melepasi usul tidak percaya itu pun, memanglah ia akan menjadi satu kejayaan besar. Tetapi akibatnya lebih buruk lagi akan menggalakkan `jual beli’.

Tidak perlu itu semua sekiranya keyakinan kepada Allah itu kuat. Kelak kalau dilayan, akan ada yang `besar kepala’.

Tan Sri pernah menjadi orang yang `terkeluar’, melalui kanser tahap paling bahaya.

Alhamdulillah sembuh dan dengan izin Allah menjadi pemimpin nombor satu dengan izin-Nya.

Kewajipan amanah harus dipelihara. – SM

(Visited 195 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button