Politik

Kenyataan Tajuddin UMNO tidak perlu desak PRU15 tepat, kata Takiyuddin

Kenyataan Pengarah Pilihan Raya UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bahawa parti itu tidak perlu mendesak Kerajaan supaya mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU 15) amat tepat.

Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kenyataan Tajuddin itu kena pada masanya kerana pada masa ini tumpuan kerajaan adalh bagi memerangi penularan virus Covid-19.

“PAS merujuk kepada kenyataan Pengarah Pilihan Raya UMNO Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bahawa UMNO tidak perlu mendesak Kerajaan supaya mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU 15) dalam waktu terdekat kerana negara masih berdepan dengan wabak Covid-19.

“PAS berpandangan kenyataan tersebut amat tepat dan kena pada masanya memandangkan fokus seluruh jentera Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri sekarang adalah bagi memerangi pandemik Covid-19 yang masih belum reda, baik di Malaysia mahupun di seluruh dunia,” katanya.

Tambah Takiyuddin, selain kerajaan, jentera parti politik turut terlibat dalam dalam usaha membantu rakyat yang terkesan teruk dengan gelombang pandemik Covid-19 yang menjejaskan kesihatan dan ekonomi.

Serentak itu, PAS turut menyeru semua pihak terutama parti-parti politik dan NGO tanpa mengira fahaman dan aliran pemikiran untuk bersama-sama membantu Kerajaan menguruskan dan menyelesaikan wabak Covid-19 yang disifatkan olehnya sebagai darurat besar.

“Ini sekaligus bermaksud isu-isu yang boleh menimbulkan ketegangan, keburukan dan kerugian masa, tenaga dan kewangan wajar dielakkan semaksima mungkin.

“PAS yakin Kerajaan akan terus mengambil langkah-langkah yang proaktif dengan mengambil kira pandangan dan cadangan semua pihak bagi memastikan kebaikannya akan dirasai oleh seluruh rakyat dan penduduk Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam Tajuddin berkata, UMNO tidak perlu mendesak kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (dalam waktu terdekat ini.

Tajuddin yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, jika tindakan diteruskan, ia hanya akan menyukarkan usaha kerajaan memerangi penularan pandemik COVID-19.

Justeru itu, beliau menyeru ahli UMNO membantu kerajaan dalam usaha memberi fokus mencegah, memerangi serta mengurangkan risiko kadar kebolehjangkitan virus COVID-19.

“Saya sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO, komited untuk terus membantu kerajaan menjayakan agenda negara dan membebaskan rakyat dan negara daripada pandemik ini.

“Peranan jentera pilihan raya UMNO di negeri dan Parlimen yang bersedia hadapi PRU-15 pada waktu ini, seharusnya digembleng untuk membantu kerajaan mengekang COVID-19,” katanya.

Tajuddin menasihatkan jentera UMNO supaya mendahulukan rakyat ketika negara berhadapan dengan trend peningkatan mendadak kes COVID-19 dan kes kematian yang meningkat.-SM

(Visited 199 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button