Politik

PH digesa kaji semula MoU dengan kerajaan Ismail Sabri

PAKATAN Harapan (PH) perlu mengkaji semula komitmen terhadap memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai bersama kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

PH juga perlu melihat semula susulan Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti tidak dibentangkan dalam sidang khas Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Pasir Gudang (PKR) Hassan Karim bijak dalam membuat gesaan terhadap PH. Katanya, Majlis Presiden PH pernah menyatakan kepada umum bahawa jika kerajaan gagal melaksanakan RUU ALP maka MoU berkenaan akan dibatalkan.

“RUU ALP adalah teras dan intipati dalam MoU. Jadi, sekarang adalah “Moment of Truth” kepada Majlis Presiden PH.

“Adakah mereka masih berpegang dengan pendirian berani mereka itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam berkata, Jemaah Menteri tidak bersetuju dengan cadangan RUU Anti Lompat Parti.

Beliau berkata, RUU itu tidak akan dibentangkan dalam sidang khas Isnin ini, sebaliknya ia dihantar balik untuk kajian lanjut ke atas definisi “lompat parti”.

Sumber berkata, Perdana Menteri akan mempengerusikan mesyuarat mengenai RUU itu pada Ahad ini di mana semua Ahli Parlimen dan senator dipanggil.

Mengulas lanjut, Hassan berkata, alasan masalah tafsiran “lompat parti” adalah tidak munasabah dan didakwa sebagai usaha untuk menggagalkan kewujudan Akta Anti Lompat Parti.

Jelasnya, masalah tafsiran “lompat” itu boleh diperbaiki, diperkemas dan diperhalusi dari semasa ke semasa melalui pindaan akta biasa di Parlimen. – SM

(Visited 357 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button