Nasional

Kenyataan jelik terhadap TMJ, Patrick Teoh direman tiga hari

DEEJAY radio Patrick Teoh, direman tiga hari bermula hari ini bagi siasatan berhubung kenyataan jelik terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan institusi diraja Johor yang dimuat naik di Facebooknya.

Mahkamah Majistret Johor Bahru membenarkan permohonan dibuat Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Johor pagi tadi bagi menahan reman Patrick, 73, bagi membantu siasatan kes.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata, polis menerima laporan daripada orang awam terhadap tindakan Patrick yang didakwa memuat naik kenyataan jelik tersebut melalui Facebook beliau.

“Sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil IPK Johor menahan suspek di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

“Suspek dipercayai individu yang memuatnaik kenyataan jelik berkenaan dengan komputer ribanya turut dirampas bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Patrick disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika bersalah boleh didenda maksimum RM50,000 atau boleh dipenjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.-SM

(Visited 567 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button