Politik

Kenyataan bahawa Anwar letak jawatan palsu

KENYATAAN yang tersebar bahawa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkan untuk mengundurkan diri susulan kegagalan Pakan Harapan (PH) menolak Belanjawan 2021 di Parlimen adalah palsu.

Ia dinafikan oleh pembantu presiden PKR itu bahawa itu bukan kenyataan Anwar.

Kenyataan palsu itu menyatakan Anwar mengakui kekhilafan berlaku semasa undian belanjawan semalam.

“PH akan terus komited untuk memastikan bahawa belanjawan ini ditolak maka dengan itu ruang perbahasan di peringkat jawatankuasa akan digunakan sepenuhnya.

“Sebagai jaminan dan akuan sumpah saya, maka saya dengan ini bersedia untuk meletakkan semua jawatan politik saya sekiranya langkah ini gagal direalisasikan dalam masa tujuh hari,” kata kenyataan palsu itu.

Belanjawan 2021 lulus dengan undian suara.

Anwar telah telah dikritik kerana membuat keputusan pada saat-saat terakhir untuk meminta sekutunya dalam PH supaya tidak meneruskan undi belah bahagi.

Undi belah bahagi memerlukan sokongan sekurang-kurangnya 15 Ahli Parlimen, tetapi hanya 13 ahli parlimen yang berdiri menyokong cadangan agar undi belah bahagi diadakan.

Anwar memberitahu, keputusan itu dibuat kerana dia tidak mahu dilihat sebagai menolak pengumuman baru yang dibuat oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz pada hari itu.

Menurut beliau, PH akan menolak belanjawan melalui undi belah bahagi pada perbahasan peringkat jawatankuasa ketika Dewan Rakyat meneliti belanjawan setiap kementerian. – SM

(Visited 126 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button