Nasional

Raja Libas Negara, Adnan Saidin meninggal dunia

KHABAR mendukacitakan seluruh peminat sukan sepak takraw apabila mendapat tahu Raja Libas Negara, Adnan Saidin, 66, telah pulang ke rahmatullah hari ini.

Perkhabaran duka itu dititip oleh anak allahyarham di Facebook dan dikongsi oleh para peminat Adnan Saidin.

Menurut catatan anak allahyarham di Facebook, ayahnya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6 pagi tadi dan jenazah akan dibawa ke rumah di Alor Setar, Kedah.

Solat jenazah akan diadakan selepas Zohor di surau Kampung Padang, Batu 2 Tandop.

Warga kerja SUARA MERDEKA mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga allahyarham. – SM

BACA Piala Tun Ali 2022: Regu, beregu Melaka ke separuh akhir

(Visited 327 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button