Belang Bertempat

Kenapa tangguh kalau ada sokongan?

KHABARNYA malam tadi dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi masih gagal mendapatkan sokongan ahli parlimen BN.

Akhirnya mesyuarat itu terpaksa ditangguh dan bersambung hari ini.

Kalau sudah cukup sokongan, apa perlu Zahid menggelupur lagi?

Sudahlah Zahid pagi semalam kantoi cuba tipu ahli parlimen BN memaklumkan ada perjumpaan di Seri Pacific, sebaliknya memaksa mereka menyokong Anwar dan PH.

Anwar juga tertipu kerana hadir dengan menyangkakan sudah mendapat sokongan.


Untuk menyelamatkan air muka terpaksalah meminta ditangguh lagi tempoh menyerahkan sokongan membentuk kerajaan.

Zahid cuba mengugut ahli parlimen bahawa mereka akan dipecat.

Zahid lupa parti hanya boleh memecat keahlian parti dan bukannya ahli parlimen yang dipilih rakyat dan termaktub dalam Perlembaan.

Peraturan parti akan boleh digunapakai selagi ia tidak bertentang dengan Perlembagaan.

Pada masa yang sama Muhyiddin Yassin telah menyerahkan sokongan kepada beliau untuk membentuk kerajaan tepat jam 2 petang sebagaimana ditetapkan.

Dari mana datangnya sokongan kepada Muhyiddin?

Hishammuddin Hussein terang-terangan tidak akan menyokong Anwar dan sanggup dipecat.

Cakap Hisham bukan kosong, di belakang beliau ada samurai yang mati berjuang.

Sokongan Hisham dan samurainya sudah cukup untuk Muhyiddin membentuk kerajaan.

Mohamad Hasan mungkin telah mengesan situasi ini dan pantas mencapai pelampung kecemasan dengan mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO lebih baik jadi pembangkang.

Apapun kita berharap hari ini ada sinar dan sebuah kerajaan akan dibentuk segera selepas Yang di-Pertuan Agong berkenan.

(Visited 494 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button