Ekonomi

Kenapa PMX Selalu Ke Luar Negara? Dan Apa Maksud Pelaburan Berbilion Tu?

Bila YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim buat lawatan rasmi ke luar negara, pasti ada netizen komen:

“Berapa bilion pulak dia nak umum kali ni?”

“Umum saja, tapi balik Malaysia rakyat kena bayar cukai sana sini.”

Mari kita perjelas supaya tak tersalah faham.

1. Kenapa Lawatan Rasmi Ke Luar Negara Itu Penting?

✅ Untuk majukan negara dan beri kesejahteraan kepada rakyat, negara perlu ada duit.

✅ Sumber utama duit negara ialah cukai, dan salah satu cara tingkatkan pendapatan negara ialah melalui pelaburan asing.

2. Apa Jadi Bila Pelaburan Masuk?

Pelabur buka syarikat/kilang →

‍♀️ Rakyat kita dapat kerja →

Gaji dibelanjakan untuk sewa, makanan, perabot →

Pekerja bayar cukai →

Ekonomi berkembang →

Kerajaan kutip cukai SST dari barangan & perkhidmatan.

Inilah kesan langsung pelaburan.

3. Tapi Bukankah PMX Umum RM80 Bilion, Kenapa Tak Rasa Pun?

❗ RM80 bilion itu bukan wang tunai yang dibawa pulang. Itu potensi pelaburan.

Proses sebenar:

  1. PMX umum potensi →
  2. MITI & agensi runding lanjut →
  3. Pelaburan realisasi →
  4. Kilang dibuka, kerja diwujudkan.

⏳ Hasilnya ambil masa, tapi data sudah tunjuk:

Kadar pengangguran hanya 3.1% – terendah sejak pandemik.

4. Kalau Berbilion Pelaburan, Kenapa Masih Tarik Subsidi?

Subsidi diberi apabila kerajaan mampu. Tapi sekarang…

Fakta kewangan negara:

  • Subsidi 2024: RM54 bilion
  • Bayaran faedah hutang: RM45 bilion

❗ Negara defisit sejak 1998 = Urus hutang setiap tahun.

Oleh itu, subsidi perlu disasar kepada yang layak sahaja, bukan semua.

5. Kenapa Beli Barang Dari Negara Yang Dilawat?

Ini dipanggil perdagangan dua hala.

Kita bukan saja tarik pelabur, tapi kita juga beli produk/teknologi dari mereka. Itu normal dan sihat dalam ekonomi global.

Contoh:

Negara besar seperti AS pun minta Malaysia beli lebih produk mereka kerana bimbang defisit perdagangan.

✅ Kesimpulan

✔️ Lawatan rasmi bukan melancong. Ia strategi diplomatik ekonomi.

✔️ Pelaburan yang diumum ambil masa untuk realisasi.

✔️ Subsidi perlu disasar, bukan dimansuhkan.

✔️ Belian dari luar = perdagangan adil, bukan pembaziran.

Terima kasih #PMX dan #KerajaanMADANI kerana terus berusaha memulihkan ekonomi negara.

Bersama kita bina Malaysia yang lebih mampan dan sejahtera.

Dipetik daripada tulisan: Fairul al Qasas

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button