Nasional

Kemalangan SUKE: Pemuda UMNO Bandar Tun Razak mohon wujudkan panel siasatan khas

TRAGEDI kemalangan di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) adalah yang ketiga terjadi dalam tempoh masa tujuh bulan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Ashrul Asryzad Mohd. Nasri berkata, pihaknya mendesak supaya diberhentikan sementara.

“Satu panel siasatan khas perlu diwujudkan bagi menyiasat kekerapan berlakunya tragedi sebegini dan mengheret pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan dengan segera.

“Apa yang berlaku ini membimbangkan terutamanya kepada penduduk Bandar Tun Razak yang tiada pilihan selain melalui jalan-jalan berisiko tinggi ini untuk berulang alik ke tempat kerja, ke Universiti mahupun menghantar anak-anak ke sekolah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, perkara ini perlu dipandang serius berikutan kekerapan berlaku tragedi yang meragut nyawa orang awam terutamanya..

Jelasnya, menjadi persoalan kepada banyak pihak, adakah projek pembinaan ini mematuhi segala Standard Operation Procuder (SOP) yang ditetapkan atau sekadar melepaskan batuk di tangga demi mengutamakan keuntungan bukannya keselamatan.

“Lebih membimbangkan, adakah lebuhraya ini selamat untuk digunakan selepas siap pembinaannya kelak?

“Untuk makluman, kejadian ini merupakan tragedi ketiga dalam tempoh masa tujuh bulan dalam lingkungan kurang lima kilometer,” katanya.

Pagi tadi, bomba mengesahkan tiga pekerja projek pembinaan itu maut manakala seorang pengguna jalan raya cedera ekoran insiden komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan lebuh raya itu. -SM

(Visited 437 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button