Ekonomi

Kenapa Nak Kecoh Soal Pinjaman Tanpa Cagaran? Normallah Kalau Dalam Sektor Perbankan!

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tampil memberi penjelasan mengenai Genting Hong Kong setelah diasak Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penjelasan itu dibuat menerusi Facebook miliknya dan Zafrul menjawab sekurang-kurangnya tiga perkara yang diharap boleh meredakan ketegangan otak rakyat.

Diharap juga dengan penjelasan perkara-perkara tersebut, rakyat sudah tidak perlu susah-susah lagi berfikir tentang apa yang berlaku di luar bidang kepakaran.

Antara perkara yang dijelaskan dalam Facebook Zafrul adalah mengenai isu pinjaman tanpa cagaran kepada mana-mana pihak asalkan bank percaya.

Ujarnya, ia bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam sektor perbankan dan bank-bank boleh meluluskan pinjaman tanpa cagaran berdasarkan kesanggupan bank tersebut mengambil risiko.

“Terutamanyanya sanggup mengambil pada peringkat dalaman (risk appetite), penilaian kredit yang memenuhi kriteria dan kelulusan berdasarkan proses tadbir urus dalaman.

“Tambahan pula, dalam kes Genting Hong Kong, pinjaman telah diluluskan sebelum pandemik Covid-19 melanda,” tegasnya.

Jelas Zafrul lagi, Genting Hong Kong adalah syarikat dalam sektor libur atau leisure sector, termasuklah pelancongan.

“Tetapi apabila Covid-19 melanda, banyak syarikat yang bergantung kepada pelancongan terjejas. Ini sudah tentu sesuatu yang tidak dapat dijangka semasa pinjaman diluluskan,” katanya.

(Visited 409 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button