Nasional

Kenapa Noh Omar nak campur tangan isu gaji minimum – MTUC

ISU penangguhan gaji minimum menjadi topik panas di antara Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Kata pihak MTUC, menteri tidak sepatutnya campur tangan dalam isu tersebut dengan mengumumkan hanya syarikat besar sahaja yang perlu mematuhi gaji baharu yang membabitkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana.

Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor berkata, Kementerian Sumber Manusia yang bertanggungjawab terhadap dasar baharu itu masih belum menyatakan bagaimana gaji minimum itu akan dilaksanakan mulai 1 Mei depan.

Menurutnya, Noh tidak sepatutnya mencampuri perkara itu kerana kementerian terbabit akan membincangkannya dengan wakil majikan dan pekerja.

“Menteri diingatkan supaya tidak menghalang rancangan perdana menteri untuk meningkatkan kesejahteraan pekerja,” kata Kamarul.

Beliau berkata adalah “amat malang dan mengecewakan” sekali jika PKS diketepikan daripada pelaksanaan gaji minimum baharu.

Minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan gaji minimum RM1,5000 akan dilaksanakan bermula 1 Mei.

Bagaimanapun, Noh pada Rabu lalu memberitahu Dewan Rakyat bahawa kementeriannya memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan gaji minimum untuk PKS disebabkan kesan yang dialami oleh perniagaan kecil akibat pandemik Covid-19.

Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) berasa lega, tetapi Presidennya Syed Hussain Syed Husman bersetuju bahawa pengumuman itu akan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pekerja.

“Mereka yang bekerja dengan syarikat besar akan mendapat kenaikan dan yang lain masih tertakluk kepada gaji minimum RM1,200,” katanya.

Biarpun kenaikan gaji minimum hanya terpakai kepada syarikat swasta dengan lima atau lebih pekerja, Syed Hussain berkata beliau berharap kerajaan akan mempertimbangkan semula dasar itu dan mengecualikan syarikat yang mempunyai sehingga 20 pekerja.

Beliau berkata perniagaan kecil membentuk kira-kira 98% daripada semua perniagaan di Malaysia dan harus diberi peluang yang munasabah untuk memulihkan perniagaan mereka terlebih dahulu. – SM

(Visited 500 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button