NasionalNegeri

Raja Muda Perlis rasmi Kempen Hayya Ala Solah

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat melancarkan Kempen Hayya Ala Solah Peringkat Negeri Perlis di Dewan Warisan, Kangar.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyampaikan anugerah Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perlis Tahun 2023 kepada salah seorang penerima di Dewan Warisan, Kangar.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Mufti Perlis, Prof. Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Moor.

Kempen ini merupakan sebuah program bagi memberikan kesedaran tentang kepentingan menunaikan ibadah solat kepada seluruh masyarakat Perlis yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri bersama-sama dengan MAIPs melalui Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyampaikan anugerah Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perlis Tahun 2023 kepada salah seorang penerima di Dewan Warisan, Kangar.

Antara objektif utama kempen ini termasuklah memberi kesedaran kepada masyarakat akan keutamaan mengerjakan ibadah solat fardhu lima waktu dan mengajak masyarakat Islam di negeri ini untuk menunaikan ibadah solat sepertimana yang dituntut dalam agama.

Majlis tersebut diadakan bersempena Majlis Penutup Simposium Guru Agama dan Majlis Penganugerahan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perlis Tahun 2023 yang disempurnakan peutupannya oleh Raja Muda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan para hadirin semasa merasmikan Kempen Hayya Ala Solah Peringkat Negeri Perlis di Dewan Warisan, Kangar.

Raja Muda juga berkenan melancarkan buku terbitan Jabatan Mufti Negeri dengan kerjasama MAIPs berjudul ‘Pembersihan Jiwa Menerusi al-Quran & al-Sunnah oleh pengarangnya, Prof Dr Basri Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari. – SM

BACA Raja Muda hadir Karnival Sukan Rakyat KeMAP

(Visited 41 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button