Politik

Kenapa Kes Harian Di Johor Naik Tiba-Tiba Sehingga 1,582? Rugilah Kalau Tiada PRN Johor!

Sekarang ini khabarnya musim varian baharu Covid-19, Omicron pula yang sedang mengganas.

Maka tidak hairanlah bukan sahaja Malaysia, malah negara luar pun alami situasi yang sama.

Namun yang menjadi bualan nakal netizen adalah mengapa kes di Johor tiba-tiba 1,582?

Padahal sebelum ini semuanya biasa-biasa sahaja dan ada yang mengaitkan dengan PRN Johor.

Memetik kata seorang pengguna Facebook, Ismail Kaseem, seandainya PKP bakal dilaksanakan, rakyat Johor memang sakit dari segi pentadbirannya.

“Sudahlah DUN Johor dibubar, belum ada pemimpin dalam kalangan rakyat yang sah kecuali Raja Johor.

“Kena pula angka kes tiba-tiba meningkat selepas Tahun Baharu Cina, alamat tak beraya lagilah tahun ini,” katanya dalam media sosial.

Ismail berkata demikian sebagai respon terhadap peningkatan angka kes Covid-19 yang naik secara tiba-tiba menepati ramalan yang diteka-teki selama ini.

Sementara itu, pengguna Twitter, Ana Kiahz menulis, vaksin dua dos pun sudah lengkap diambil, siap cucuk dos penggalak lagi namun mengapa angka kes tersangatlah aneh.

“Saya rasa lagi baik banjir sepanjang bulan. Tak perlulah rakyat Malaysia pergi klinik buat swab test dan tak pasal-pasal menyumbang kepada angka kes Covid-19.

“Jujur saya penat dengan semua ini. Tak tahu sampai bila akan berakhir. Adakah sampai 90 peratus rakyat Malaysia lengkap ambil dos penggalak keempat?” katanya.

 

(Visited 455 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button