Nasional

“Kenapa Kereta Mewah Lalu Tol Tanpa Bayaran & Dikawal Polis Pengiring?” – Netizen

Beberapa bulan lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan kepada media bahawa hanya individu dalam senarai khas dibenarkan menggunakan khidmat polis pengiring.

Itu pun selepas mendapat kebenaraan Ketua Polis Negara dan jika terdapat kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana anggota, tindakan yang sewajarnya boleh diambil.

Namun baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan deretan kereta mewah melintasi kawasan tol dan tidak perlu berhenti untuk Touch N Go, RFID atau Smart Tag.

Paling menimbulkan persoalan, siapakah orang kuat di sebalik perlakuan tersebut kerana dalam video berkenaan jelas ia dikawal oleh polis pengiring berkenderaan.

Sekiranya perlakuan tersebut adalah sesuatu yang tidak menyalahi undang-undang, apakah kelab kereta Perodua Kancil turbo juga memohon aktiviti konvoi mereka dikawal polis pengiring?

(Visited 541 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button