Politik

Kenapa kamu takut pada saya? – Najib

Penasihat DAP Lim Kit Siang disindir mahu menjadi ‘boss’ Barisan Nasional.

Ini selepas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu memberi tempoh 72 jam kepada Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjelaskan kenapa beliau dilantik sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC).

Najib berkata, persoalan Kit Siang mengenai pelantikan sebagai Pengerusi BNBBC seolah-olah takut kepada dirinya.

“Kenapa Uncle Kit Siang ini sangat takut pada saya? Dan sejak bila Kit Siang dilantik boss BN?

“Kit Siang kata dia mahu beri masa 72 jam kepada saya untuk jelaskan pelantikan saya sebagai pengerusi BNBBC.

“Dia kata pelantikan saya tidak wajar sebab saya sudah disabitkan kesalahan dalam kes SRC. Ini BNBBC tahu? bukan DAPBBC,” sindir Najib.

Menurut bekas perdana menteri itu, jika tidak kerana krisis Covid-19 dia akan mencabar veteran DAP itu untuk berdebat seperti mana pernah beliau buat dahulu namun tidak pernah disahut oleh Kit Siang.

Dalam hantaran terbaharu di Facebook, Najib mengajukan 10 pertanyaan kepada Kit Siang untuk dijawab. Antaranya termasuk soalan:

“Kenapa kamu takut pada saya?

“Sejak bila kamu dilantik boss BN untuk pertikaikan dan menyibuk keputusan lantikan dalaman BN?

“Adakah Kit Siang turut membantah orang yang sekali lagi menghadapi banyak dakwaan-dakwaan mahkamah untuk rasuah terus menjawat sebagai boss DAP?

“Adakah ianya benar bahawa Ketua Hakim Negara yang dilantik masa PH itu adalah pilihan Kit Siang?” soal Najib.

Najib memberi tempoh 72 jam kepada Kit Siang untuk menjawab soalan yang dikemukakan olehnya itu.

Kit Siang dalam blognya berkata, Najib tidak patut dilantik kerana mempunyai kes yang sudah pun dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Tinggi.

Melalui dakwaan itu juga, pelantikan Najib Razak tidak sepatutnya diiktiraf oleh Parlimen kerana Kit Siang mendakwa beliau terpalit dengan pelbagai isu integriti.

“Pada Ahad lalu, saya dilapor Najib Razak dilantik sebagai Pengerusi BNBBC.

“Saya membalas dan meminta Parlimenn tidak mengiktiraf pelantikan Najib kerana akan memalukan Parlimen Malaysia.

“Saya kata pelantikan Najib Razak benar-benar mengejut dan memalukan. Ini menunjukkan UMNO, MCA dan MIC jauh daripada prinsip integriti dan anti-rasuah.

“Ini langsung tak boleh diterima kerana pelantikan beliau dibuat tiga bulan selepas dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta kerana rasuah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa,” kata Kit Siang.-SM

(Visited 231 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button