Nasional

Banjir KL: Jawatankuasa khas DBKL perlu kaedah holistik

JAWATANKUASA Khas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dicadang untuk ditubuhkan perlu menfokuskan kaedah penyelesaian banjir jangka panjang.

Keperluan tersebut dinyatakan apabila cadangan penggunaan sistem amaran awal disifatkan sebagai kaedah jangka masa pendek.

Sebaliknya, penyelesaian banjir di Kuala Lumpur memerlukan penyelesaian jangka panjang seperti menambah baik sistem penyuraian sedia ada.

Ini kerana sistem sedia ada dilihat tidak lagi mampu menampung aliran air yang banyak susulan peningkatan pembangunan di ibu kota.

“Penyelesaian pengaliran air banjir secara rapi dan efisien adalah yang wajib menjadi keutamaan kerajaan.

“Cukuplah membuat cadangan dan penambaikan yang bersifat jangka pendek.

“Tidak dinafikan teknologi akan membantu mengurangkan risiko kerugian akibat bencana alam.

“Namun, penyelesaian jangka panjang yang diperlukan bagi mengelakkan berlaku kemalangan lebih-lebih lagi apabila hujan lebat berlaku pada waktu puncak.

“Iaitu kerosakan kenderaan ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dan kediaman tiada penghuni yang tidak sempat diselamatkan.”

Demikian kata Ketua Pergerakan Wira Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Nasrul Ali Hasan Abdul Latif dalam satu kenyataannya hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas cadangan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa untuk menggunakan sistem amaran awal seperti digunakan di Jepun.

Terdahulu Annuar berkata demikian mengambil pendekatan negara matahari terbit itu dalam mengurangkan kesan terhadap gempa bumi dan tsunami.

Cadangan sedemikian dinyatakan susulan kejadian banjir kilat di Kuala Lumpur kelmarin yang melanda beberapa kawasan dinaiki air sehingga tiga meter selepas hujan lebat.

Dalam pada itu, Nasrul Ali Hasan yang juga Ketua Bahagian Putra Titiwangsa turut meggesa kerajaan mengakaji semula perancangan pembangunan di Kuala Lumpur ekoran terlalu banyak pembinaan.

Hal demikian dikhuatiri menyebabkan kadar penyerapan air di ibu kota menurun dan sistem penyuraian sedia ada seperti kawasan takungan dan terowong Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (Smart) tidak boleh menampung jumlah air daripada hujan lebat.

“Ini merupakan satu penganiayaan kepada rakyat apabila kerajaan meluluskan banyak projek pembinaan bangunan-bangunan perusahaan dan perumahan.

“Tetapi, sistem saliran air tidak ditambah baik.

“Akibatnya kurang kecekapan tanah untuk menyerap air ke dalam tanah kerana terlalu banyak solid surface.

“Ini menghalang air daripada menyerap ke tanah dan mengalir terus ke sungai-sungai,” jelasnya. – SM

(Visited 202 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button