Hiburan

Kenali ‘Farah’ atas urusan kerja – Aiman Tino

WANITA bernama Farah yang mencetuskan kontroversi antara Aiman Tino dan keluarganya dikenali oleh penyanyi itu atas urusan kerja.

Demikian diakui penyanyi itu seperti yang dipetik dari BH Online bahawa mereka berkenalan atas urusan kerja.

Aiman membuat pengakuan itu ketika ditanya mengenai status yan dimuat naik oleh ibunya Hazelina Mat Jalil bahawa penyanyi kini melupakan kerjayanya dan dikongkong oleh wanita tersebut.

Melalui statun di Instastory, Hazelina mendakwa terkilan dengan sikap Aiman yang sukar dikesan dan dihubungi,

Hazelina turut mendedahkan bahawa semua itu berlaku termasuk mengabaikan karier dan dikongkong seorang wanita dikenali sebagai Farah.

“Apa yang terjadi tidak perlu babitkan dia atau orang luar. Macam saya cakap, semua ini silap sendiri,” katanya.

Aiman juga menjelaskan, dia tidak dapat menghadiri sidang media maya pengumuman konsert virtual, ITSU 360 Care U, pada jam 2 petang ini, atas beberapa sebab.

Konsert ITSU 360 Care U bakal distrim secara langsung dari Mega Star Arena, di sini, pada 20 Februari depan.

Selain Aiman, konsert itu membariskan artis terkenal seperti Ella, Wany Hasrita, Naim Daniel dan Ernie Zakri.

(Visited 1,511 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button