Hiburan

Kenali di Kafe, Bawa ke Hotel – Artis Terkenal Disiasat Polis

SEORANG pelakon dan penyanyi lelaki terkenal telah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kes amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.

Menurut sumber, mangsa mengenali selebriti terbabit ketika bekerja di sebuah kafe sebelum perkenalan itu membawa kepada beberapa pertemuan, termasuk satu pertemuan di sebuah hotel di Selangor yang menjadi lokasi kejadian.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan penahanan artis terbabit.

“Ketika dalam pertemuan itu, suspek melakukan perbuatan amang seksual fizikal terhadap mangsa. Suspek telah ditahan semalam bagi membantu siasatan dan kini dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya ketika dihubungi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792), yang memperuntukkan hukuman penjara dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pihak polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum tindakan lanjut diambil oleh pihak pendakwaan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button