KebakaranNasional

Ibu bapa dua beradik meninggal dalam kebakaran masih trauma

Polis masih belum amil keterangan

POLIS masih belum merakamkan keterangan ibu bapa kepada dua beradik yang ditemukan rentung dalam kebakaran di Kampung Simpang Tiga, Gombak, semalam kerana mereka masih trauma dengan kejadian yang menimpa.

Ketua Polis Gombak, Zainal Mohamed Mohamed berkata, buat masa sekarang polis memberi ruang kepada pasangan suami isteri itu yang kini berada di Hospital Selayang untuk menuntut jenazah kedua-dua orang anaknya itu.

“Kita kena faham dan perlu mengasihani kedua ibu bapa kanak-kanak yang sedang dalam keadaan kesusahan. Atas dasar peri kemanusiaan, kita berilah mereka ruang kerana masih dalam keadaan trauma.

“Kita tidak berada di tempat mreka, jadi kita tidak tahu bagaimanakah perasaan mereka. Sekarang ibu bapa mangsa berada di Hospital Selayang.

“Pihak hospital sedang menguruskan post mortem (bedah siasat) sebelum dikebumikan,” katanya.

Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, dua beradik, Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 10, dan adiknya, Muhammad Al Qayyum, 7, ditemukan rentung ditemukan di bilik utama rumah yang terbakar selepas operasi pemadaman selesai. – HARIAN METRO – SM

(Visited 145 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button