fbpx
Belang Bertempat

Kemungkaran Pakatan Harapan kah Lim Guan Eng?

KITA tak pasti kemungkaran siapakah dimaksudkan oleh Lim Guan Eng untuk diperanginya?

Mesej satu Syawal yang disampaikan Setiausaha Agung DAP itu semalam penuh tanda tanya. Terlalu umum. Longgar. Tidak pasti ditujukan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) atau pihak lain.

Namun kalau `kemungkaran’ itu dihalakan kepada Perikatan Nasional (PN), Guan Eng nampaknya kena cermin dirinya sendiri dan PH.

Mari kita uji minda masing-masing, berfikir sebab rakyat Malaysia ini bijak-bijak belaka:


1. PH JADI ’SUPERMAN’?
– Adakah semasa PH merangka manifesto untuk menang pilihan raya umum ke-14 tempoh hari, apa sahaja segala `bulan bintang’ dijanjikan kepada rakyat asalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) ditumbangkan?
Mana tidaknya, ketika belum berkuasa, pemimpin-pemimpin PH berjanji seolah-olah mereka ‘superman’ untuk selamatkan negara. Konon mahu selesaikan masalah ekonomi, hapuskan tol, turunkan kos sara hidup dan beri kesejahteraan kepada rakyat. Tapi kita maklum itu `indah khabar dari rupa’.
Selepas berkuasa, ternyata tiada idea. Sehinggakan terpaksa ‘copy paste’ daripada apa yang pernah dilakukan kerajaan sebelumnya. Bahkan, ada juga buat ‘U-Turn’, yang ketara sekali `flip-flop’ nya. Macam-macam jolokan diberi. Ada menteri ‘hirup satu sudu minyak sawit merah untuk kekal muda lah. Menteri kasut, stoking hitamlah.

2. RULE OF LAW?
– Wujudnya pendakwaan terpilih dan pengguguran pendakwaan. Misalnya pengguguran sepenuhnya kes rasuah melibatkan seorang pemimpin parti sekutu PH walaupun prosiding mahkamah telahpun berjalan dan saksi-saksi telah mula memberi keterangan di mahkamah.

3. KES ADIB?
-Pendedahan bekas peguam kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengenai campur tangan Peguam Negara di dalam prosiding inkues kematian anggota bomba, Allahyarham Adib selain wujudnya afidavit yang difailkan oleh Jabatan Peguam Negara mendeposkan Allahyarham Adib tidak dipukul.
Sedangkan prosiding inkues belum pun selesai, yang didakwa menunjukkan betapa kurang arifnya Peguam Negara mengenai perjalanan inkues dan diragui kredibiliti beliau untuk menjalankan tanggungjawab secara bebas.

4. BEREBUT MAHU JADI PM
– Bila jadi kerajaan, adakah PH tengok kebajikan rakyat?
Yang ketara, asyik bergaduh sesama sendiri setiap hari. Tidak ada kisah lain. Berebut kuasa, berebut kuasa. Mahu jadi Perdana Menteri, mahu jadi PM.
Seorang netizen pernah melayangkan persepsinya kepada portal ini: “…nak pakai duit zakak (zakat) lah…kacau duit Tabung haji…kacau EPF…jual aset tabung haji….korang Islam tapi hati y*hu** tanpa membantu kebajikan rakyat…pergi m**p*s lah korang PH…dalam keadaan sekarang korang langsung tidak membantu..malah nak merosakan keadaan negara…”

5. `IKAT PERUT’, RAKYAT `TERKORBAN’?
-Tahun 2018, PH mahu rakyat `ikat perut’. Rakyat perlu berkorban, kata mereka. Bantuan dipotong atau dimansuhkan. Cukai SST menyebabkan harga barang naik dengan lebih tinggi lagi.
Waktu itu pasaran saham merosot sehingga menjadi paling corot dalam dunia kerana menteri PH mengatakan `tak reti untuk berhenti berbohong’.
Ramai yang `terbakar’ dan rugi teruk dalam pasaran saham serta unit trust.
Pelabur-pelabur asing berterusan tarik dana mereka keluar negara.
Dividen-dividen yang dibayar oleh tabung-tabung Rakyat seperti ASN/ASB dan Tabung Haji juga jatuh kepada paling rendah dalam sejarah. Harga sawit tidak pulih sehingga timbul jenaka `rakyat disuruh minum sesudu sehari’.

6. NASIB MELAYU TERABAI?
– Di bandar-bandar besar, pinggir bandar dan ceruk-ceruk kampung ketika SUARA MERDEKA menghadiri kenduri-kendara, tak kira majlis kecil besar, majlis kahwin, aqiqah anak, sambutan hari jadi, para tetamu bercerita di bawah khemah kecil dipasang dengan rumah isu satu ini sahaja – “nasib Melayu tidak terjamin hari ini”.
Kata mereka, orang Melayu sudah hilang status quo dalam menentukan untung rugi, jatuh bangun dan simpang siur nasib bangsanya sendiri – meskipun masih membentuk bangsa majoriti dalam Malaysia.
Kefahaman mengenai kedudukan orang Melayu sebagai bangsa teras dalam kemajmukan Malaysia semakin pudar secara perlahan-lahan. Prinsip first amongs equal atau ‘pertama di antara yang sama’ – sebagai prinsip asas pembinaan Malaysia semakin dicabar oleh pihak yang mahu menggantikannya dengan prinsip- prinsip yang lain.

7. MALAYSIAN MALAYSIA DIDAMBA?
– Pembawakan ‘Malaysian Malaysia’ yang diperjuangkan oleh parti tertentu dan sekutunya dikatakan telah mengancam, membelenggu dan meresahkan setiap tubuh dan jiwa raga orang Melayu. Sama ada di desa mahupun di pinggiran bandar, orang Melayu merasakan bahawa ‘Malaysian Malaysia’ telah mencengkam identiti dan jati diri ke-Melayuan mereka.
Kemenangan PH dalam PRU-14 itu seakan satu kejanggalan. Janggal apabila orang Melayu mahu membela kepentingan bangsanya, mereka dikatakan rasis, tidak toleran dan pada satu ketika digelar pula sebagai ‘Taliban’.

8. MANA JANJI-JANJI MANIFESTO?
-Lebih mengharukan lagi, rakyat masih terus menuntut teras-teras utama janji-janji PH dalam manifesto PRU-14 yang lepas.
Mereka jelak dengan `analisis-analisis’ hutang negara, projek terbengkalai dan `kes-kes naik turun mahkamah’ yang kelihatan tidak diuruskan `rule of law nya dengan baik’.

9. PROTES RAKYAT KALAH 5 PRK?
– Di saat-saat `menghembuskan nafas terakhir’, PH kalah kesemua lima daripada enam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Cameron Highlands, Semenyih, Rantau, Tanjung Piai dan Kimanis , kecuali Sandakan yang dipertahankan DAP.
Daripada 10 PRK sejak PRU-14 (2018), lima kerusi berjaya dipertahankan oleh PH iaitu PRK DUN Sungai Kandis, DUN Seri Setia, DUN Balakong, Parlimen Port Dickson dan kerusi Parlimen Sandakan.
Tiga PRK lagi iaitu Parlimen Cameron Highlands, DUN Rantau dan terakhir 18 Januari 2020, Kimanis dipertahankan oleh BN.
Kelebihan 2-0 berpihak kepada BN apabila dua lagi iaitu PRK DUN Semenyih dan Parlimen Tanjung Piai berjaya dirampas kembali oleh BN.
Apakah makna kekalahan PH dalam persaingan lima PRK terbaharu pasca PRU-14 yang berlangsung pada 2019 tersebut?
Jika dinilai dari perkembangan momentum 10 PRK ini yang menyaksikan BN kalah di kesemua empat PRK pada 2018 (Sungai Kandis, Balakong, Seri Setia dan Port Dickson), tetapi pada 2019 dan awal 2020 pembangkang waktu itu, BN menang kesemua lima lagi, ia jelas bermakna `ekonomi perut’ benar-benar didambakan rakyat.
Selepas ini PRK DUN Chini menyusul 4 Julai. Kalah lagikah PH?

-SM

(Visited 11 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button