Uncategorized

Kemunculan Charlize Theron Sebagai Clea Buatkan Peminat Marvel Tergoda!

Dalam komik Marvel, Clea adalah seorang ahli sihir dari bangsa Faltine dan memiliki tubuh badan seperti manusia biar pun berasal dari Dimensi Kegelapan.

Bagi yang sudah menonton filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness, kemunculan Clea mengujakan peminat Marvel kerana jelitanya Clea.

Watak Clea dilakonkan Charlize Theron dan Clea muncul dengan karakter seorang wanita berambut putih serta memakai pakaian ungu buatkan penonton jatuh cinta.

Apatah lagi apabila Clea mengajak Doctor Strange memperbetulkan masalah yang sudah dibuat, ia menimbulkan seribu satu debaran kepada peminat Marvel.

Clea dikatakan kekasih paling setia serta pengikut paling cemerlang kepada Doctor Strange namun akan berkahwin dengan Sorcerer Supreme.

Watak ini membuat penampilan pertamanya dalam Marvel Comics menerusi Strange Tales isu #126 pada tahun 1964!

(Visited 428 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button