NasionalNegeri

Bot dinaiki sepasang suami isteri karam di perairan Pulau Sebatik

Isteri diselamatkan penduduk kampung, suami hilang

BERPANTANG maut sebelum ajal. Sepasang suami isteri yang menaiki bot terlanggar objek keras terapung lalu pecah dan karam di perairan Sungai Melayu Sebatik, Tawau semalam.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11 pagi, isteri terselamat manakala suaminya dilaporkan masih hilang.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Tawau, Amiludin Yenggah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada sebelum menggerakkan dua bot maritim bersama 12 pegawai dan anggota ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba di lokasi kejadian didapati isteri, Norlina Arifin, 45, berjaya diselamatkan penduduk kampung dan telah dihantar ke Hospital Tawau untuk rawatan, kata Amiludin.

Bagaimanapun katanya, suami, Abdul Rahman Kasil, 56, masih belum ditemui.

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati bot yang dinaiki suami isteri itu terlanggar objek keras yang terapung lalu pecah dan karam,” katanya sambal menambah, bot itu karam di perairan Pulau Sebatik.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, pasangan suami isteri ini bergerak dari Tawau mengarah ke Sungai Melayu.

“Semasa dalam perjalanan dan berhampiran dengan Sungai Melayu, bot tersebut telah terlanggar satu objek yang terapung lalu bot yang dinaiki, karam di kawasan tersebut,” katanya ketika ditemui di pusat Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Kampung Titingan Tawau Lama, menurut laporan Astro Awani.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan melibatkan lima bot dari pelbagai agensi keselamatan seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan kekuatan 23 pegawai dan anggota.

Ia turut dibantu pasukan Basarnas Indonesia serta 2 buah bot orang kampung bersama 16 penduduk.

Operasi terbabit ditangguhkan pukul 6 petang semalam dan diteruskan semula pagi ini. – SM

BACA Bot karam: Seorang mangsa ditemui selamat

(Visited 147 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button