NasionalNegeri

150 orang pelukis antarabangsa lakar karya di Kampung Warna Warni Kuala Perlis

SEBANYAK 150 orang pelukis antarabangsa dari 15 buah negara yang berada di Perlis bagi menyertai program ‘Perlis Art Bridge Exhibition: International Art Camp 2023’ baru-baru ini tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan lakaran karya masing-masing di sekitar kawasan Projek DiRaja Transformasi Kampung Warna Warni Perkampungan Warisan Nelayan Seberang Ramai, Kuala Perlis

Lebih istimewa apabila Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat bagi memeriahkan lagi kunjungan para pelukis tersebut.

Tuanku Syed Faizuddin berkenan bertemu dengan salah seorang pelukis yang melawat Projek DiRaja Transformasi Kampung Warna Warni Perkampungan Warisan Nelayan Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Pengasas Art Expo Malaysia serta City Art Gallery, Datuk Vincent Sim Tiak Choo yang menganjurkan program itu kagum dengan Kampung Warna-Warni yang diilham oleh Raja Muda Perlis dan Tuanku Raja Puan Muda Perlis yang juga merupakan Penaung Diraja Art Expo Malaysia.

Baginda berjaya mengubah penempatan sebuah perkampungan nelayan kini muncul sebagai destinasi pelancongan baharu, dengan pelbagai ikonik seperti jambatan dan bangunan berwarna warni.

Tambah beliau, kunjungan para peserta program anjuran City Art Gallery dengan kerjasama Kerajaan Negeri, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu bertujuan untuk memperkenalkan kumpulan pelukis akan keindahan dan keunikan Kampung Warna-Warni ini.

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan melukis bersama-sama pelukis yang berkarya semasa melawat Projek DiRaja Transformasi Kampung Warna Warni Perkampungan Warisan Nelayan Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Selain itu katanya, ia dapat memberikan inspirasi kepada para pelukis bagi menghasilkan karya mereka berdasarkan pemandangan kampung itu khususnya dalam sama-sama membantu mempromosikan kempen Tahun Melawat Perlis 2024-2025.

Menurut Vincent lagi, pelbagai aktiviti sampingan perlu ditambah lagi terutama di kawasan jeti, dan disarankan kampung ini turit menjadi kampung seni ataupun membuat satu ruangan seni untuk artis seni lukis berkunjung dan berkarya di kawasan tersebut.

Rata-rata pelukis antarabangsa yang hadir menyatakan bahawa Kampung Seberang Ramai ini sebuah kampung yang sangat unik, berwarna-warni dan penduduknya sangat peramah .

Para peserta juga dapat merasai pengalaman yang sangat hebat dan ‘autentik’ serta sangat gembira dapat meluangkan masa melawat kampung ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan melihat hasil karya pelukis program ‘Perlis Art Bridge Exhibition: International Art Camp 2023’ semasa melawat di Projek DiRaja Transformasi Kampung Warna Warni Perkampungan Warisan Nelayan Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Pada petang yang sama tiga orang pelancong dari Bavaria, Jerman yang secara kebetulan melawat kampung tersebut apabila ditemuramah memuji keindahan kampung kecil tersebut yang ‘cute’ dengan masyarakat setempat yang sangat ramah.

Namun, mereka menyarankan agar lebih banyak lagi bahan promosi di sekitar kawasan jeti ke Pulau Langkawi dan stesen bas Kuala Perlis bagi tujuan mewar-warkan Kampung Warna Warni Seberang Ramai dan Kampung Wai yang berdekatan kepada para pelancong yang menggunakan khidmat pengangkutan tersebut untuk singgah sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

Tambah mereka, para pelancong tempatan ataupun luar negara boleh memanfaatkan waktu menunggu untuk menaiki feri atau bas dengan melawat ke kawasan-kawasan menarik ini. -SM

BACA Pesuruhjaya Tinggi Australia “teroka” keunikan Kampung Warna Warni Kuala Perlis

BACA Peserta forum PMC teruja keunikan Kampung Warna Warni Kuala Perlis

(Visited 986 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button