Politik

Kempen Warisan Plus ‘bunuh katak’ sebabkan UPKO terkorban – Najib

KEMPEN besar-besaran Warisan Plus untuk menjadikan katak-katak politik sebagai ‘arwah’ memberi impak besar kepada rakan sekutunya parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 UPKO yang merupakan salah satu komponen dalam Barisan Nasional  ‘melompat’ keluar selepas BN kalah. UPKO kemudiannya menyokong Parti Warisan Sabah untuk membentuk kerajaan campuran.

Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kempen Warisan Plus pada Pilihan Raya Negeri Sabah untuk menjadikan ‘katak’ sebagai ‘arwan’ merupakan kempen makan diri buat UPKO.

Ini kerana parti itu hanya menang di satu kerusi Dewan Undangan Negeri daripada 12 kerusi yang diperuntukan oleh Warisan Plus kepada UPKO.

“Parti UPKO yang melompat keluar untuk tumbangkan kerajaan BN Sabah selepas PRU14 telah kalah besar dalam PRN .

“UPKO hanya menang 1 daripada 12 DUN yang ditanding berbanding kemenangan 5 kerusi pada PRU14 lalu.
Presiden UPKO sendiri pun kalah,” kata Najib.

Najib turut meletakkan kekalahan UPKO di atas bahu DAP. Ini berikutan pemimpin DAP bersama pemimpin Warisan Plus yang lain menganjurkan pesta makan katak sebagai simbol menolak ahli politik yang melompat parti.

“Ini semua salah ahli Parlimen DAP yang anjurkan pesta bakar dan makan katak minggu lepas,” kata Najib.

Pada 10 Mei 2018 iaitu sejurus tamat PRU-14 lima ADUN UPKO  iatu DUN Kuamut, Kuala Penyu, Kadamaian, Nabawan dan Panginatan melompat keluar dari BN dan menyertai Kerajaan Negeri Sabah pimpinan Warisan.

Kerajaan Negeri Sabah pimpinan BN kemudian tumbang selepas beberapa ahli Parlimen rakan komponennya bertindak menyokong kepimpinan Warisan selepas BN kalah dalam  Pilihan Raya Umum ke-14.

Calon-calon UPKO yang bertanding.

Dalam PRN Sabah yang diadakan pada Sabtu lalu UPKO hanya menang satu kerusi iaitu di DUN Kadamaian.

Presidennya, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau kalah di DUN Kiulu selepas tewas kepada Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Joniston Bangkuai.. -SM

(Visited 537 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button