Ekonomi

Kempen Raikan Rezeki LBS tawar hadiah bernilai RM1 juta

PEMAJU perbandaran terkemuka, Kumpulan LBS Bina Berhad (LBS) telah melancarkan kempen yang dinanti-nantikan oleh bakal pembeli rumah – ‘Raikan Rezeki Bersama LBS’, di mana para pembeli rumah berpeluang memenangi Duit Raya berjumlah RM445,000, di samping melayakkan diri untuk memenangi cabutan bertuah
menarik, bernilai lebih dari RM 1 juta.

Tawaran istimewa ini bakal menjadi milik anda, pada setiap pembelian rumah impian di projek-projek LBS yang terpilih.

Bersempena dengan sambutan Hari Raya, penyertaan untuk kempen ‘Raikan Rezeki Bersama LBS’ dibuka kepada bakal pembeli rumah yang membuat pembelian ke atas projek LBS yang terpilih dari 8 April 2021 hingga 30 Jun 2021. Pembeli juga berpeluang untuk memperoleh Duit Raya berjumlah RM445,000.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, “sebagai ‘Pemaju Pilihan’, LBS sentiasa menyokong agenda perumahan kerajaan dan mempromosikan pemilikan kediaman dengan melancarkan kempen pemasaran baharu kami iaitu ‘Raikan Rezeki Bersama LBS’.

“Kempen ini merupakan salah satu inisiatif kami untuk membolehkan pembeli rumah menikmati ganjaran menarik serta penjimatan besar ketika membeli rumah, dan menjadikan sambutan Hari Raya tahun ini lebih bermakna,” kata Hock San.

Menerusi kempen ini, LBS turut menyenaraikan 7 tawaran luar biasa yang merangkumi:
1. Cenderahati Kempen Pemilikan Rumah (HOC)
2. Bayaran Tempahan Rendah
3. Ganjaran Kesetiaan
4. Skim Pembayaran Flexi
5. Yuran Guaman Percuma

6. Bayaran balik pembayaran penuh sekiranya pinjaman ditolak
7. Pakej Perabot Rumah

Sebagai sebahagian daripada kempen ‘Raikan Rezeki Bersama LBS’, cabutan bertuah ‘LBS Fabulous 2020’ akan dilanjutkan lagi, di mana pembeli rumah berpeluang membawa pulang hadiah bernilai lebih dari RM1,000,000, seperti Proton X50, komputer riba dan tablet dengan sebarang pembelian hartanah kediaman LBS yang mengambil bahagian.

Untuk maklumat lebih lanjut serta kemaskini berkaitan, sila layari https://raya.lbs.com.my/, www.lbs.com.my, www.facebook.com/lbsbinagroup dan www.instagram.com/lbsbinagroup atau hubungi 1700 81 8998. – SM

 

(Visited 487 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button