Ekonomi

Kempen Raikan Rezeki Bersama LBS kembali

PEMAJU perbandaran terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) bersedia untuk menarik bakal pembeli rumah  dengan satu lagi kempen yang dinamakan ‘Raikan Rezeki Bersama LBS: Rezeki Raya Anda’, di mana bakal pembeli rumah berpeluang untuk membawa pulang wang tunai e-dompet bernilai lebih daripada RM541,800
dan menikmati enam tawaran tambahan dengan setiap pembelian rumah idaman di LBS.

Bersempena dengan sambutan Hari Raya, penyertaan untuk kempen ‘Raikan Rezeki Bersama LBS: Rezeki Raya Anda’ akan diterima bagi pembeli rumah yang membeli projek perumahan LBS terpilih bermula dari 1hb April 2022 hingga 31hb Mei 2022.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS Bina Group, Tan Sri Lim Hock San berkata: “Dengan peralihan kepada fasa endemik Covid-19 pada 1hb April 2022 dan penarikan semula sekatan untuk waktu operasi perniagaan, LBS yakin bahawa kempen terbaru ini merupakan platform terbaik untuk bakal pembeli rumah bagi mendapatkan rumah idaman mereka.

“Sebagai usaha menyokong pemulihan kewangan yang terjejas dari pandemik, LBS selaku Pemaju Perumahan Rakyat menggariskan pelan komprehensif jangka panjang seiring dengan dengan agenda perumahan kerajaan yang bakal meningkatkan peluang pemilikan pemilikan rumah di kalangan rakyat.”

“Pelancaran kempen pemasaran ‘Raikan Rezeki Bersama LBS: Rezeki Raya Anda’ ini merupakan salah satu inisiatif kami, di mana pembeli rumah bukan sahaja dapat menikmati penjimatan besar apabila membeli rumah, tetapi juga berpeluang memenangi wang tunai e-dompet, sekali gus menjadikan sambutan Raya tahun ini sebagai suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan,” tambah beliau.


Enam tawaran menarik di bawah kempen ini termasuk:

  1. Yuran Guaman Percuma
  2.  Ganjaran Kesetiaan
  3. Skim Bayaran Fleksi
  4. Yuran Tempahan Rendah
  5. Tiada Caj Pembatalan
  6. Pakej Perlengkapan Perabot

Sempena musim perayaan ini, hadiah bernilai lebih dari RM2,000 dan RM5,000 sedia untuk dimenangi melalui peraduan ‘Count Your Ketupat’ dan peraduan-peraduan atas talian yang bakal menyusul. Selain itu, rebut peluang untuk memenangi peraduan ‘Kisah Rezeki Saya’ di media sosial rasmi LBS. – SM

(Visited 39 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button