Rencah Hidup

Kempen Kita Kuat demi kesihatan anak-anak miskin Chow Kit

BIMBANG keadaan kesihatan anak-anak miskin di Chow Kit, Dr Fitri Haris dan Buku Jalanan Chow Kit melancarkan Kempen Kita Kuat bagi meningkatkan sistem imuniti badan dalam berhadapan isu kesihatan global ketika ini.

Kempen itu dilaksanakan dengan kerjasama di antara syarikat pengeluar makanan tambahan PhilMac Plus, PhilCare sempena bulan Ramadan AlMubarak tahun ini.

Menerusi program ini, Dr Fitri yang juga Pengasas bersama PhilMac Plus berharap lebih ramai tampil memberi sumbangan dana untuk membiayai makanan nutrisi tambahan Nectar C yang akan diagihkan kepada anak-anak dari 65 keluarga yang berdaftar di bawah Buku Jalanan Chow Kit.

“Nectar C merupakan makanan tambahan yang kaya dengan keperluan asas seperti serat dan vitamin A, D, E, K dan C yang baik untuk menyokong tumbesaran kanak-kanak.

“Malah, kandungan tujuh buah beri, delima dan prun juga sangat penting dalam membekalkan tenaga supaya mereka dapat kekal sihat, aktif dan cergas.

“Masyarakat harus bersama-sama dalam usaha memastikan anak-anak dari golongan rentan ini turut mendapat hak yang sama seperti anak-anak seusia mereka tanpa mengira status sosial dan ekonomi mereka,” katanya.

Tambah beliau, inisiatif sosial ini turut menyantuni golongan miskin menerusi  aktiviti gotong-royong memasak dan pengagihan makanan setiap hari sepanjang Ramadan.

Ia juga dapat menggalakkan semangat kekitaan dalam kalangan masyarakat setempat malah turut dapat membantu memurnikan ikatan silaturahim tanpa mengira status sosial dan ekonomi.

Buku Jalanan Chow Kit ini menjadi pusat sehenti bukan sahaja untuk aktiviti agihan makanan tetapi juga aktiviti pembelajaran anak-anak jalanan yang tidak berpeluang ke sekolah kerana faktor dokumentasi.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Pengurus Projek, Nurul Amira Izzaty Horsali ditalian 0193026383. – SM

(Visited 370 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button