Nasional

Saya bukan patung untuk disembah atau dijadikan hiasan – Sultan Ibrahim

“Saya bukan patung untuk disembah atau dijadikan perhiasan dalam majlis atau dipaksa mengikut segala kata dan kehendak Menteri.”
Itu titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sembil menegaskan baginda memikul amanah Raja-Raja Melayu untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara.
“Kurang dari dua minggu lagi, akan genap dua bulan saya memegang tampuk Ketua Negara. Apabila habis tempoh “bulan madu” ini…, saya akan mulakan cara pemerintahan saya yang sebenar,” titah Seri Paduka Baginda.
Seri Paduka Baginda bertitah demikian pada Titah Diraja sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Bagi Tahun 2024 di Istana Negara, hari ini (19 Mac).
Berangkat sama, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Seri Paduka Baginda, bertitah pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada individu yang telah berjasa, mencurahkan khidmat bakti atau menyumbang kepada Wilayah Persekutuan.
“Saya sendiri telah meneliti setiap calon yang disediakan Jawatankuasa Pemilihan dan tahun ini saya membuat keputusan hanya 36 orang penerima sahaja benar-benar layak untuk dianugerahkan,” titah Seri Paduka Baginda. – SM
(Visited 811 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button