Nasional

Gabungan Boleh Terjadi Apabila Mahu Tundukkan Musuh Yang Sama Di Johor!

Berjalan ke setiap lorong, berjumpa dengan orang ramai yang tiada kuasa dalam parti politik, yang akan turun beratur namun kalau pemimpin yang diundi menang, perkongsian elaun pun belum tentu boleh dirasa.

Ada jumpa pemimpin yang hidup matinya untuk rakyat, bahkan kalau tewas sekali pun mereka tetap bersama rakyat dan penduduk setempat lebih kenal siapa yang turun padang serta selalu tunjuk muka.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor agak unik kalau hendak dibandingkan dengan PRN Melaka, sebuah negari yang cukup kecil, pusing-pusing satu Melaka, dalam tempoh kurang 12 jam pun boleh selesai.

PRN Johor menyaksikan bukan hanya pertembungan tiga atau empat penjuru malah ada sehingga tujuh penjuru dan masing-masing tekad untuk bertanding demi manfaat bangsa Johor.

Namun demikian di sebalik semua ini, PRN Johor akan dijalankan tetap dengan satu niat iaitu memenuhi kehendak sebuah parti yang mahu mendapatkan kuasa penuh, mengikut zon selesa di Melaka.

Maka.. semua parti nak atau tidak mahu, terpaksa turuti, akur dan ada juga yang cuba untuk ‘test market’ untuk lihat sejauh mana penerimaan bangsa Johor dalam PRN Johor kali ini.

Menariknya dalam tinjauan orang ramai, ada yang berpendapat satu gabungan baharu mungkin boleh terbentuk di antara parti-parti yang berbeza fahaman serta haluan.

Hal ini demikian kerana musuh bagi semua parti adalah satu.. parti yang membubarkan DUN Johor sehingga semua orang perlu terlibat dalam urusan yang remeh-temeh.

(Visited 249 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button