Ekonomi

Kementerian Kewangan jemput rakyat beri idea Bajet 2022

RAKYAT dijemput untuk memberikan idea dalam penyediaan Bajet 2022.

Buat pertama kali Kementerian Kewangan (MOF) telah menerbitkan Kertas Konsultasi Awam (KKA) untuk mendapatkan input Bajet 2022 daripada orang ramai.

Menurut Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, KKA tersebut merupakan pelengkap kepada Kenyataan Pra-Bajet 2022 yang diterbitkan pada 31 Ogos lalu.

“MOF yakin penerbitan KKA buat kali pertama ini akan menyediakan lebih banyak peluang kepada semua pihak berkepentingan untuk memberi maklum balas masing-masing ke arah perangkaan sebuah bajet yang memenuhi keperluan rakyat, serta selaras dengan dasar dan objektif negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Rakyat diminta memberi cadangan terhadap penambahbaikan Dasar Perolehan Kerajaan Berkaitan Barangan atau Perkhidmatan Tempatan dan Bumiputera, yang akan menggariskan cadangan penambahbaikan ke atas dasar penggunaan barangan atau perkhidmatan tempatan dan dasar keutamaan syarikat Bumiputera.

Ini antara lainnya adalah bagi melindungi dan membangunkan industri tempatan serta mengurangkan kebergantungan kepada barangan import;

Mereka juga boleh memberi idea terhadap penambahbaikan Program Bantuan Tunai, yang akan mengenalpasti masalah, keperluan dan kaedah yang berkesan dalam penyampaian bantuan kepada rakyat, terutamanya dalam situasi yang mencabar akibat penularan COVID-19.

Selain itu rakyat boleh memberi pandangan dalam ajian Insentif Cukai, yang merangkumi kajian semula rangka kerja insentif cukai pelaburan secara menyeluruh, bagi memastikan insentif cukai kepada pelabur kekal relevan dengan lanskap semasa perniagaan.

Kajian ini juga bertujuan meningkatkan daya saing negara dalam menarik pelaburan berkualiti, seterusnya menjana pertumbuhan ekonomi, penciptaan pekerjaan dan penambahbaikan kedudukan fiskal negara.

Orang ramai yang berkepentingan juga boleh mencurahkan pendapat terhadap penggubalan Akta Tanggungjawab Fiskal atau Fiscal Responsibility Act (FRA) yang bertujuan untuk meningkatkan tadbir urus, ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan fiskal negara, termasuk pengurusan hasil, perbelanjaan, hutang, risiko fiskal, serta pelaporan tertentu dalam bentuk pra-bajet dan pasca bajet, unjuran kedudukan ekonomi dan Rangka Kerja Fiskal Jangka Sederhana.

Soalan atau keperluan maklumat lanjut boleh dikemukakan kepada [email protected].

KKA boleh dimuat turun dan maklum balas boleh dikemukakan melalui laman web www.mof.gov.my. selewat-lewatnya pada pukul 5.00 petang 15 September 2021.-SM

(Visited 156 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button