
Kementerian Ekonomi usaha tambah baik ekosistem RDCI negara
KERAJAAN sedang berusaha memperbaiki ekosistem penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan, dan inovasi (RDCI) negara.
“Yang ini yang diusahakan secara bersama antara Kementerian Ekonomi dan MOSTI.
Beliau sebelumnya menghadiri Sesi Libat Urus (SLU) Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) bersama Dewan Perniagaan Dan Pemain Industri (Farmaseutikal & Kimia, Digital, Jentera & Peralatan, Agromakanan), di Putrajaya pada Khamis.
Sementara itu kata Rafizi, kementeriannya juga akan menumpukan penambahbaikan kepada rantaian bekalan dan ketelusan harga dan menskala perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk berkembang dan bergabung menjadi entiti lebih besar.
“Sedangkan logiknya kalau rantaian bekalan itu baik, maka orang di Selatan beli hasil dari Selatan jadi dia tidak ada harga logistik yang tinggi dan sebagainya. Tapi perkara ini perlu banyak infrastruktur, data dan juga peraturan yang belum ada,” katanya. – SM