Nasional

KPDNHEP Melaka terjah peruncit jual minyak masak paket RM3.50

SEBUAH premis kedai runcit di Tanjung Minyak dekat sini yang ‘diterjah’ anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka selepas menjual minyak masak paket bersubsidi melebihi harga kawalan.

Dalam satu serbuan pukul 11.00 pagi hari ini, anggota penguatkuasa yang menyamar sebagai pengguna berjaya mengesan peruncit tersebut menjual minyak masak paket sekilogram pada harga RM3.50 iaitu melebihi harga yang ditetapkan RM2.50 sekilogram.

Pengarahnya, Norena Jaafar berkata, sewaktu premis itu diterjah telah berjaya menemukan sebungkus minyak paket yang terletak di rak premis berkenaan dijual pada harga RM3.50.

 

Anggota penguatkuasa KPDNHEP memeriksa sebuah kedai runcit.

Menurutnya, hasil siasatan dipercayai sebanyak tiga kotak berisi 17 paket bahan itu telah dijual kepada pelanggan.

“Hasil semakan awal juga mendapati peruncit itu turut dikesan menjual bahan itu diutamakan kepada golongan peniaga sekitar kawasan berkenaan.

“Jika disabitkan kesalahan peruncit itu boleh didenda sehingga RM1,000,000.00 atau penjara tidak melebihi tiga tahun bagi individu.

“Bagi pertubuhan atau perbadanan pula boleh didenda sehingga RM2,000,000.00 di bawah Seksyen 22 Akta Kawalan Bekalan 1961,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Kaedah penyamaran yang dilakukan oleh anggota penguatkuasa KPDNHEP Melaka hari ini telah menyerbu 14 premis di sekitar negeri ini.

Norena berkata, pihaknya melaksanakan pemeriksaan secara mengejut melalui kaedah penyamaran ke atas kedai runcit selepas menerima banyak aduan berhubung penjualan minyak masak paket melebihi harga yang ditetapkan.

Sehubungan itu katanya, pendekatan terjah itu akan diteruskan di seluruh negeri ini bagi memastikan setiap isi rumah mampu mendapatkan bekalan minyak masak paket bersubsidi.

Jelasnya, setiap pemborong dan peruncit yang berurusan dengan barang kawalan hendaklah sentiasa mematuhi arahan yang ditetapkan jika tidak mereka bakal berdepan tindakan tegas. – SM Melaka

(Visited 374 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button