Sains

UPM temui trehalulosa, unsur superfood dalam madu kelulut

SUDAH sekian lama madu kelulut dianggap sebagai ‘superfood’. Ini kerana mereka yang mengambil madu kelulut mendapat pelbagai manfaat untuk kesihatan.

Antaranya termasuk didakwa mampu untuk mencegah dan mengawal sel kanser, meningkatkan daya tahan tubuh, menghilangkan rasa letih dan menyembuhkan luka selepas pembedahan. Bagaimanapun tanpa kajian ia hanyalah dakwaan semata-mana.

Baru-baru ini Penyelidik Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Pertanian Malaysia mengesahkan bahawa kandungan gula yang dipercayai maltosa di dalam madu kelulut sebenarnya adalah gula trehalulosa’!

Apakah trehalulosa? Trehalulosa adalah gula yang membentuk 84 peratus dari berat molekul madu kelulut dan dianggap sebagai ‘superfood’ dan bermanfaat untuk kesihatan.

Gula trehalulosa mempunyai indeks glisemik (GI) yang rendah iaitu hanya 32 dari skala 1-100. Di mana GI melebihi 70 akan meningkatkan paras gula dengan banyak dalam darah.

Penemunan trehalulosa semasa penyelidikan mengenai profil gula madu kelulut yang dijalankan oleh Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM, Dr. Norhasnida Zawawi.

Kajian itu turut disertai Profesor Madya Dr. Mary Fletcher dari University of Queensland Australia serta ahli kumpulan penyelidikan lain makmal Queensland Alliance of Agriculture and Food Innovation, Australia.

“Sebelum ini, secara tradisional, masyarakat di Malaysia telah menggunakan madu ini untuk pesakit diabetes tetapi daripada segi sains kita belum dapat membuktikan dengan jelas faktor yang boleh menyebabkan kesan itu.

“Sekarang kita tahu bahawa nilai GI madu yang lebih rendah ini boleh menjadi satu daripada faktor yang menyumbang kepada tuntutan itu kerana setelah trehalulosa memasuki sistem penghadaman, ia akan diserap dalam darah secara perlahan dan tidak akan menaikkan glukosa darah seperti gula biasa,” kata Dr. Norhasnida.

Ttrehalulosa yang mempunyai kemanisan sehingga 70% daripada kemanisan gula sukrosa tetapi jika dimakan dengan jumlah yang sepatutnya, ia boleh digunakan untuk mencegah penyakit diabetes.

Beliau berkata, perkara yang juga menarik mengenai gula trehalulosa ialah ia bersifat akariogenik, dan oleh itu tidak menjadi punca kerosakan gigi.

Menurutnya, penemuan gula trehalulosa itu telah diterbitkan dalam jurnal keluaran Springer Nature: Scientific Reports.-SM

(Visited 392 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button