NasionalNegeri

Ciri mentaliti kelas pertama dahulukan berfikir sebelum bertindak- Raja Muda Perlis

ANTARA ciri-ciri masyarakat yang memiliki mentaliti kelas pertama apabila segala tindakan didahului dengan pentingnya berfikir dalam usaha meningkatkan kualiti hidup masing-masing.

Selain itu juga memahami hubungan dalaman yang antaranya pemikiran, perasaan dan juga kehendak.

Tuanku Syed Faizuddin Putra menyerahkan sumbangan wang zakat MAIPs, kit makanan MAIPs dan beras fidyah kepada asnaf di Kampung Kurong Batang, Nesam dekat Kangar.

Di samping tidak lupa untuk selalu mengawasi setiap tindakan berasaskan pemikiran, perasaan dan kehendak.

Dalam membuat tindakan, pelbagai strategi yang efektif digunakan termasuk wajar mengkritik sendiri bagi tujuan penambahbaikan; sentiasa komited terhadap integriti; sensitif terhadap ketidak konsistenan dan percanggahan dalam hidup; mempunyai empati intelektual atau merasa apa yang orang lain rasa; serta menguasai asas-asas pemikiran, berfikiran kritikal, berfikir secara mendalam serta menyelesaikan masalah secara logik.

Salah seorang asnaf anak kariah Masjid Nurul Iman, Kampung Nesam menerima sumbangan MAIPs yang berkenan disampaikan oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra.

Selain itu, mereka juga aktif menganalisis pemikiran dari segenap sudut tetapi pada masa yang sama membina kesedaran terhadap sebarang kesalahan sendiri.

Demikian dititahkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyempurnakan Program Kayuhan MAIPs Peduli Bilangan Ke-56 Bagi Tahun 2023 yang bermula dan berakhir di pekarangan Masjid Nurul Iman, Kurong Batang, Nesam dekat Kangar.

Pada program kali ini, tiga asnaf dipilih dari kalangan anak kariah Kurong Batang di mana masing-masing menerima sumbangan dari Baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan singgah di sebuah inap desa iaitu The Green Hill Homestay di Lot 20015, Jalan Sungai Batu Pahat Kampung Syed Omar dekat Kangar.

Ia terdiri dari Mahabu Jaya, 66 Kampung Nesam; Rahmah Md Saman, 74 Kampung Baru Syed Omar dan Yusoff Nopiah, 62, Kampung Kurong Batang.

Jumlah penuh disumbangkan oleh pihak MAIPs pada kali ini sebanyak RM 2,100.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berbual dengan salah seorang asnaf yang menerima sumbangan MAIPs bagi anak kariah Masjid Nurul Iman, Kurong Batang, Nesam dekat Kangar.

Sempena program ini, Baginda berkenan singgah di The Green Hill Homestay di Lot 20015, Jalan Sungai Batu Pahat Kampung Syed Omar dekat Kangar yang telah beroperasi tiga bulan lalu.

Ia diusahakan oleh pasangan suami isteri, Hairulanuar Che Amla dan Norshuhadah Mahazir. – SM

(Visited 124 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button