Nasional

Lima inisiatif impak tinggi pacu pembangunan Perlis – Raja Muda Perlis

 

Antara projek-projek pembangunan yang dikenal pasti sebagai keutamaan dalam pelaksanaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 yang dijangka mampu menyokong kejayaan inisiatif-inisiatif utama berimpak tinggi di negeri Perlis bagi mencapai impian ‘Wawasan Perlis Negeri Bandaraya 2030’ adalah Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA), Pelabuhan Darat Perlis (PIP), Jeti Bersepadu Sanglang (SIJ), Kangar Sentral dan Super Fruit Valley.

Sekiranya berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang, secara langsung mahupun tidak langsung, ianya juga akan turut menyokong kejayaan sektor-sektor baru yang lain seperti Lembah-Agro Chuping (CAV), Perlis Power Hub yang meliputi hab makanan, hab mineral dan juga hab tenaga selain Koridor Maritim Perlis.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengambil bahagian di dalam ‘Program Cycle Jom Perlis’ yang diadakan di sekitar bandar raya Melaka semalam.

Program berbasikal sejauh 22 kilometer yang bermula dan berakhir di perkarangan Memorial Pengistiharan Kemerdekaan dan melibatkan lima perhentian itu turut disertai Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dan juga anakanda Tuanku Raja Muda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail bertujuan bagi memperkukuhkan lagi hubungan di antara kepimpinan negeri Perlis dan Melaka selain menyemarakkan sambutan Hari Malaysia yang akan diraikan bersama pada 16 September yang akan datang nanti.

Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan untuk bersama-sama isteri Yang Dipertua Negeri Melaka Toh Puan Asmah Abd Rahman melepaskan para peserta program yang dianggarkan seramai 130 orang.

Kayuhan ini turut disertai oleh Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis Mohd Radhi Abas, Pegawai Kewangan Negeri Perlis Nasaruddin Abdul Muttallib, Mufti Negeri Perlis Prof. Madya Datuk Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Ketua Hakim Syarie Perlis, Ibrahim Deris Panglima Markas Briged Ke-30 Infantri Tentera Darat Malaysia Brigedier Jeneral Hassan Embong dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Program separuh hari tersebut di akhiri dengan majlis penutupan yang diadakan di Taman Mini Malaysia dan Mini ASEAN yang turut disambut oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Seri Hasim Hasan dan Pakar Perunding Perubatan ELO Water Malaysia Datuk Dr. Syed Abdul Aziz Syed Zin BenYahya.

(Visited 468 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button