Rencah Hidup

Kemenangan kepada pendengki, netizen simpati terhadap Ebit Lew

LUAHAN rasa dan isi hati pendakwah Ebit Lew yang banyak membantu orang fakir dan miskin mengundang rasa sedih netizen.

Ada yang menangis apabila Ebit dalam perkongsian di Facebook memberitahu dia disiasat oleh Bukit Aman berikutan aduan terhadap dirinya gara-gara membantu sebuah keluarga daif di Alor Setar, Kedah baru-baru ini.

Lebih memilukan apabila Ebit memberitahu dia akan berhenti memberi bantuan secara bersemuka kepada golongan yang memerlukan selepas dinasihatkan untuk berbuat demikian.

Hantaran Ebit tidak sampai dua jam itu mendapat lebih 90,000 reaksi, 14,000 perkongsian dan 10,000 komen.

Rata-rata netizan menyatakan bahawa mereka bersama dengan pendakwah tersebut dan mahu Ebit tabah dan teruskan perjuangan.

“Saya menangis baca ni. Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan ustaz Ebit Lew dan ganjarilah beliau dengan kesihatan yang baik dan pahala yang berpanjangan. Aamiin Ya Mujib,” doa Yjaabadi Till Jannah.

“Ustaz Allah lebih berhak menilai. Sungguh, ia adalah ujian kepada mereka yang berbuat kebaikan demi untuk mengangkat darjat di sisi Tuhan. Lebih banyak ujian, maka lebih tinggi darjat Ustaz dan mereka yang melakukan kebaikan,” kata Najibah Hassan.

“Rasa kemenangan pada si pendengki dan busuk hati. Tapi sebenarnya ia adalah kekalahan sebenar mereka. Rehatlah sementara keadaan masih hangat ini. Cuma jangan berhenti berbuat baik. Sama kes bagi resepi free cuma medan pahala yang berbeza tapi atas tujuan yg sama. Kita kuat kerana Allah. Kekal kuat dan penuhi masa dengan keluarga. Ada hikmah amin. Allah nak ustaz berehat sekejap dengan keluarga insya-Allah,” komen Azlina Ina.

“Allahurbbi. Sabar wahai sahabat. Hidup di dunia ini adalah tempat diuji dengan pelbagai ujian. Cuma Allah nak tengok hati kita kearah mana untuk jalan penyelesaian. Setiap ujian dari Allah dan penyelesaian juga harus kembali kepada Allah. Semuanya ada hikmah yg kita tidak tahu.
Allah sayang ustaz,” nasihat Faysal AL-Syahy.

“Ya Allah busuknya hati manusia yang buat aduan tentang ustaz Ebit Lew memberi sumbangan. Buat baik pun salah ke? Manusia-manusia yang hati hitam!Kebaikan yg dibuat pun masih ada manusia yang tidak suka . Semoga mereka semua diberi hidayah oleh Allah SWT. Bersabar ya ustaz, masih ramai lagi yang menyokong ustaz,” pujuk Azrul Azmi.-SM

(Visited 345 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button