Politik

Kemenangan BN di Kimanis petanda Muafakat Nasional diterima di Sabah

KEMENANGAN calon Barisan Nasionl Datuk Mohamad Alamin dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis semalam menjadi petanda bahawa Muafakat Nasional iaitu kerjasama antara Barisan Nasional dan Pas turut di terima di Sabah dan Sarawak.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kemenangan keli kelima parti pembangkang dalam PRK selepas Pilihan Raya Umum ke-14 menjadi isyarat bahawa agenda penyatuan ummah dan perpaduan nasional yang dibawa oleh Muafakat Nasional semakin diterima rakyat bermasyarakat majmuk.

“Pas mengucapkan tahniah atas kemenangan calon BN di PRK Kimanis dan menyifatkan keputusan ini sebagai isyarat positif terhadap agenda Muafakat Nasional yang semakin diterima rakyat.

“Kemenangan dalam PRK di Sabah ini menunjukkan agenda penyatuan ummah dan perpaduan nasional yang dibawa oleh Muafakat Nasional semakin diterima rakyat bermasyarakat majmuk, dan mula merentasi Sabah dan Sarawak,” kata Abdul Hadi.

Dalam PRK semalam Mohamad mendapat 12,706 undi  mengalahkan calon Warisan Datuk Karim Bujang yang memperoleh 10,677 undi.

Majoriti yang diperoleh BN meningkat kepada 2,029 undi berbanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 iaitu 156 undi melalui calon BN, Datuk Seri Anifah Aman dalam persaingan tiga penjuru. Beberapa badan pemikir termasuk Ilham Centre meramalkan BN akan kalah pada PRK Kimanis.

Menurut Abdul Hadi salah satu faktor kekalahan Warisan pada PRK tersebut disebabkan kegagalan PH menunaikan janji dan membela kebajikan rakyat.

“Malah kekalahan berterusan PH dalam PRK ini menjadi isyarat penolakan rakyat terhadap budaya politik ekstrem dan fitnah melampau, di samping kegagalan PH menunaikan janji dan membela kebajikan rakyat.

“Kepada YB Datuk Mohamad Alamin, marilah kita bersama membela kebajikan rakyat, mengangkat martabat Islam dan mengukuhkan agenda muafakat dengan sebaiknya di Parlimen. Islam Memimpin Perpaduan,” kata Abdul Hadi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

(Visited 232 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button